Monday, September 22, 2008

Celoteh Ramadhan

Selasa lepas, 16 Sept 2008 selesailah sudah kursus BTN yang diadakan di Junjung, Kulim, Kedah. Pada awalnya kami dijangka mengadakan kursus di Balik Pulau. Namun disebabkan banjir, tempat kursus bertukar. Tak kisahlah. Janji cepat selesai. Kursus bermula petang Jumaat dan selesai tengah hari Selasa-5 hari 4 malam. Penatnya hanya Tuhan yang tahu. Selain IPIP, terdapat dua lagi istitut perguruan yang bergabung iaitu IPSAH, Sg Petani dan IPDA, Jitra. Keseluruhan peserta seramai 156 orang.
Kursus dimulai dengan pembentangan kertas kerja sebanyak 4 slot dan LDK 9 slot. Penatnya hanya Tuhan yang tahu. Bayangkan setiap hari kursus selesai jam 12 malam dan jam 4 pagi dah kena bangun untuk bersahur jam 5 pagi. Waktu untuk berehat memang tak ada langsung. Sudalah kursus diadakan di bulan puasa. Dugaan memang hebat. Aktiviti fizikal tetap dijalankan pagi dan petang. Syukurlah aku dapat melaluinya.
Aku ditempatkan di LDK11 dengan diketuai oleh fasilitator En. Idris atau Pak Deris yang baik hati. Aku sempat bertemu dengan seseorang yang minat membaca dan menulis novel tapi sekadar untuk simpanan sendiri. So, aku meniup semangat supaya dia menghantar karyanya di samping mempromosi novel-novelku. Alhamdulillah, dia sudah mendapatkan Kalung dan puas hati membacanya. Dia cuba mencari Hanya PadaMu tapi tiada. Kakak aku juga sudah beberapa kali ke kedai buku mencari novel terbaru aku ni tapi tak jumpa-jumpa juga.
Rabu, 17 Sept aku bertolak balik ke kampung. Bercuti raya awallah aku. Gembiranya tak terkira. Sehingga mendapat surat lantikan barulah aku akan kembali ke sekolah. Sedih juga meninggalkan rakan-rakan satu kursus. Hampir sebulan kami bersama (kalau diikutkan sudah 1 thn setengah tapi kami berjumpa hanya ketika cuti). Entah bila kita akan bersua lagi.
Memandangkan aku punya banyak masa, jadi di kesempatan ini aku gunakan masa terluang untuk membuat biskut. Dah dua jenis biskut siap; biskut arab dan biskut kelapa. Aku cari resipi yang mudah jer tetapi sedap. Hehe... Oh ya, aku dah terima dua kad raya. Terima kasih buat Buku Prima dan Dewi Sukma. Tunggu balasannya.
Kerja menulis aku hentikan dulu. Masa untuk merehat minda sekarang. Lepas raya baru aku akan mula menulis.

3 comments:

dS said...

Sama-sama.

Hmm... hanya sekeping kad yg kerdil itu, buat pengganti diriku!

p/s: nak minta sikit kuih kelapa, sedapnya! 1 of my fav kuih raya... huu... huu...

Catatan ZZ said...

Kak Dewi
bingkisan dari saya on the way..pos semalam..nak sikit jer ker? no hal..hehe..

Ijad
salam lebaran, moga keceriaan menyinari diri di pagi syawal

Anonymous said...

wah...dugaannyer aktivit..sib baik dah dpt cuti kt kg kn..hehe..betul k.zz ..makin hampir ngn raya..makin malas nk nulis..dlm hati..fikiran ingat nk balik kg jerr..hehe

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...