Walaupun di era sekarang muncul pelbagai jenis biskut moden, namun kuih tradisional kuih baulu tetap melekat di hati. Tiada tandingan! Kuih baulu sedap dimakan saja, lagi sedap kalau cicah dengan kopi panas masa bersahur! Fuh, slrppp..
Tiap-tiap tahun keluargaku tidak pernah lupa menyediakan kuih baulu kerana ia kegemaran seisi keluaraga. Anak-anak buah semua suka kuih ni. Kadang-kadang belum tiba 1 Syawal, baulu sudah licin kalau tak disembunyikan awal-awal. Semua hantu baulu!
Dua tiga tahun sebelum ini, kami menyediakan kuih baulu secara tradisional. Guna api, arang, sabut dan bekas zink serta acuan. Selesai bersahur, aktiviti memukul telur pun berjalan. Yang ni semua malas nak buat. So, kena bergilir. Maklumlah, aktiviti memukul telur atau menumbuk telur (loghat kg.ku) ni memakan masa yang lama. Tambah-tambah lagi kalau telur banyak, 20-30 biji. Penat woo... Pukul telur pulak dalam pasu (bukan pasu bunga tau). Guna alat khas. Tak tau panggil apa..lupa dah, yang berlingkar-lingkar tu. Dalam jam 9 pagi baru ler telur tu naik penuh pasu.
Sambil tu kena sediakan tempat membakar kuih baulu. Arang perlu dibakar. Dulu-dulu pakai tempurung dan sabut jer. Yang ni kena betul-betul seseorang yang pakar mengawal api. Api biar sederhana...arang yang membara, bukan api hidup tu. Panasnya memang tak tertahan. Maklumlah main api. Bekas zink tempat nak letak acuan kuah baulu pula perlu dilapisi dengan pasir. Bara api kena letak di bawah dan atas supaya kuih baulu masak dengan sekata. Petang baru siap.
Tapi sekarang guna ketuhar elektrik saja. Setkan suhu dan minit je. Senang. Telur pulak dipukul dengan gula menggunakan mesin je. Dulu kena buat di luar rumah, sekarang kat dalam rumah.
Ni resipi baulu turun temurun...sekati gula untuk sepuluh biji telur ayam saiz telur itik. Kalau telur ayam kecil, lebihkan sebiji dua. Tepung gandum secukupnya (kena goreng dulu hingga kekuning-kuningan). Kalau 20 biji telur, sediakan 2 kati gula. Begitulah seterusnya. Telur dan gula kena pukul betul-betul sehingga naik. Masukkan sedikit demi sedikit tepung dalam sebahagian telur dan gula yang dah dipukul (bancuhan cukup untuk satu atau 2 acuan yang nak dibakar). Masukkan dalam ketuhar.
Selamat mencuba!

1 comment:
bl nak buat?
Post a Comment