Ramadan bulan yang memang aku tunggu-tunggu selain Syawal. Keseronokan berbuka puasa, bertarawih, moreh, suasana bersahur, bertukar juadah, bershoping raya, mendengar lagu raya, menyediakan biskut raya, menghias rumah dengan lampu kelip-kelip, bermain bunga api dan mercun, menerima dan menghantar kad raya, memakai inai adalah antara aktiviti-aktiviti yang tentunya tak ada di bulan-bulan lain. Indahnya Ramadan dan Syawal. Dan ketika inilah keluarga besarku yang seramai 27 orang (kini tinggal 25) akan berkumpul. Saat berkumpul akan keluarlah memori-memori lalu yang manis dan kelakar dan dikongsi bersama.
Tak dapat dinafikan suasana berpuasa dan beraya dulu dan sekarang memang jauh bezanya. Namun ada lagi amalan-amalan yang masih dikekalkan di kampungku, antaranya bertukar juadah dan berinai. Cerita pasal inai teringat masa pakai inai dulu-dulu. Biasanya kami pakai inai malam raya. Petang tu pergilah ramai-ramai dengan kawan-kawan kutip daun inai kayu. Di kampungku ada dua jenis inai yang kami gelar iaitu inai kayu dan inai air. Ini air ni senang nak lumatkan dan inai kayu susah sikit. Tapi kesannya lebih kuat pada inai kayu. Sambung cerita semula.. setelah dikutip inai kayu (biasanya kami survey dulu pokok inai kayu kepunyaan siapa yang paling ber'kuasa' memerahkan jari-jemari, kemudian baru minta izin dan..serbu) lebih kurang satu plastik, kena bersihkan dulu dan rendamkannya supaya senang ditumbuk. Malam mulalah menumbuk (zaman budak-budak, so ada masa banyak). Nak menumbuk tu seksa ler sikit dan ramai yang tak sanggup nak hadapi langkah ni (sebab tu agaknya dicipta inai serbuk, terus bancuh jer). Ketung-ketang menumbuk. Ada juga yang menggiling. Lebih kurang jer penatnya. Sambil tu keluarkan urat-urat daun inai. Dan ada beberapa tips untuk menambahkan keberkesananaannya memerahhitamkan jari-jemari. Masukkan nasi putih (seketul kecil jer). Boleh juga masukkan gambir. Tips ni diperturunkan turun-temurun so kita ikut jer la. Tumbuk sekali nasi dan gambir tu. Bila dah betul-betul lumat (laik loghat kg.ku) baru pakai di jari. Kena ada tukang pakai dan yang dipakaikan. Tukang pakai ni kena ada kemahiran dalam menyalut dan mengemaskinikan inai di jari supaya tidak comot. Setelah siap (biasanya pakai semua jari) diikatkan pula dengan plastik pada setiap jari yang bersalut inai. Kena ikat dengan kemas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Masa ni 'kuasa' inai dan mula terasa menggigit-gigit jari. Kalau kuat itu tandanya kesan kemerahannya kuat (pd pendpt kita org masa kanak2 dulu ler). Kalau ada inai yang lebih dalam lesung tu, ditepek pula di tapak tangan. Ada buat huruf pangkal nama, ada yang letak bulat dan yang kreatif lagi buat macam-macam bentuk kat tengah tapak tangan tu. Biasanya aktiviti memasang inai ni siap lewat malam so terus masuk tidur la. Biasanya juga dipakai malam raya. Tak boleh pakai di siang hari kerana kononnya kalau ayam hitam nampak jari berbalut inai tu, nanti inai tak merah. So, kalau ada yang pakai awal-awal siang hari sehari sebelum raya tu maka berusaha keraslah dia menyembunyikan tangannya dari dilihat sang ayam berbulu hitam. Kelakar betul. Masa dulu memang percaya 'kuasa' ayam hitam sepertimana percayanya 'kuasa' kucing hitam yang mampu membangkitkan mayat jika kucing hitam melompat atas mayat. Kembali ke cerita inai... pagi hari raya, tentulah bangun awal. Selain nak bersiap raya, salah satu sebab bangun awal sebab nak tengok jari merah ke tak. Dulu-dulu mandi di sungai (cerok, logat kg.ku). So, masa di cerok tu bertemulah dengan rakan-rakan lain dan masing-masing menayangkan jari mereka yang merah hitam pekat dan mengecut. Yang inainya keoren-orenan tu sedikit muncung tapi tetap gembira nak sambut raya.
Itulah serba sedikit memori inai... walau raya lambat lagi, sekadar nak berkongsi cerita apalah salahnya. Ada kesempatan, akan kucoretkan pula memori lain di malam raya ketika bekalan elektrik masih belum ada serta pelita dan lampu gasolin menjadi cumber cahaya yang utama. Aku dapat melalui zaman 'kegelapan' ini selama hampir 10 tahun. So, sempatlah aku berpuasa dan beraya dalam dua suasana yang berbeza.
Itulah serba sedikit memori inai... walau raya lambat lagi, sekadar nak berkongsi cerita apalah salahnya. Ada kesempatan, akan kucoretkan pula memori lain di malam raya ketika bekalan elektrik masih belum ada serta pelita dan lampu gasolin menjadi cumber cahaya yang utama. Aku dapat melalui zaman 'kegelapan' ini selama hampir 10 tahun. So, sempatlah aku berpuasa dan beraya dalam dua suasana yang berbeza.
4 comments:
Sikit lagi nak sama panjang macam entri Alias. hahaha.
Apapun memang best mengenang kemeriahan ramadhan dan hari raya masa kecik2 dulu. Sekarang ni, alahai ... kenapalah rasa tak berapa best macam dulu-dulu kan?
salam kak,
hehehe bila cerita pasal inai ni mcm ct juga dulu2. terkenang balik zaman muda-muda huhuhu pakai inai plak kena time malam sbb takut ayam tgk nanti dah tak merah. Apa pun kemeriahan itu ttp lagi terasa...
Salam ramadhan..
mengimbau kenangan betul....tapi kami pakai inai time musim cuti sekolah jer..kalau time sekolah cikgu marah hehehe.
ainin naufal..
kemeriahan raya berkurang mungkin krn seiring dgn peningkatan usia..tak boleh dah nak buat keje gila2 cam zmn kanak2 dulu..
ct..
aik! kenangan kita sama rupanya..kelakar kan..camner la ayam hitam boleh berkait dgn inai di jari lak..
jue..
sebenarnya tak patut diharamkan budak2 pakai inai masa sekolah..setakat pakai inai jer..bukan apa2..tp skrg tak dihalang dah..tp jangan ukir lebih2 dah ler..
Post a Comment