Sedutan Rimba Bebanan...
Kota Yuzwa sedang di ambang kehancuran. Kegiatan pengedaran dadah yang dijalankan sudah mencapai tahap maksimum. Beribu-ribu nyawa terkorban setiap tahun kerana dadah. Ketua Polis Kota Yuzwa mengsyaki Zefrell sebagai ketua kegiatan dadah. Dia tidak dapat ditangkap kerana kekurangan bukti kukuh. Kegiatan pengedaran dadah yang dilakukannya begitu licik sekali sehingga sukar untuk dikesan oleh pihak polis.
Hanya satu cara yang boleh mendapatkan bukti dengan cepat dan selamat. Shezevell, seorang detaktif handal telah dihantar ke kota Yuzwa bagi membantu penyiasatan tersebut. Dia telah diberi tugas untuk mendekati Meshell, anak emas Zefrell bagi mendapat bukti kukuh tentang pengedaran dadah yang dilakukan bapanya.
***
Esmishell terasa tidak sedap. Lemah. Ubat yang disimpan sudah habis. Esmishell terpaksa pergi ke farmasi untuk membeli ubat walaupun dia tahu yang Shezevell tidak membenarkannya keluar tapa kebenaran.
Dengan menaiki teksi Esmishell menuju ke farmasi. Dia terpaku ketika sedang membayar harga ubat. Menerusi dinding kaca, dia dapat melihat seorang lelaki sedang berjalan sambil berpelukan dengan seorang perempuan cantik.
***
Itulah sebahagian sedutan cerpen 'gila-gila' pertama yang aku karang masa umur aku 16 tahun. Bila membacanya semula terasa lawak. Dengan nama watak dan tempat yang pelik-pelik, aku pun hairan kenapa aku boleh letak nama tu. Tapi aku tetap berbangga kerana berjaya menyiapkan cerpen pertama tu walaupun hanya sebagai koleksi sendiri. Mana aku berani hantar masa tu. Keyakinan aku kurang. Menulis sekadar minat sahaja. Minat yang tiba-tiba hadir tanpa disedari. Dah siap cerpen pertama, aku mula karang cerita yang lebih panjang sikit. Tajuk aku dah lupa sebab cerita tu dah hilang dari simpanan. Nama watak utama kalau tak silap Jeremy..heroin dah lupa. Mula-mula menulis dulu watak utamaku bukan Melayu. Mungkin aku terpengaruh dengan cerita orang putih masa tu. Nak kata peminat novel Inggeris, tak juga. Drama Baverli Hills 90210, Wonder Years dan filem2 Inggeris yang ditayangkan di bawah slot Movei Magic & Dunhill Double mempengaruhiku.
Bila dah ada sedikit keyakinan, aku serahkan cerpen kepada sahabatku Laili dan Munirah untuk mereka baca dan komen. Bila dengar komen mereka, aku semakin bersemangat. Aku juga dah tak segan lagi serahkan karyaku pada adik2 ku untuk dibaca. Lama-kelamaan mereka sebar kepada teman-teman mereka. Ramai yang minta aku hantar ke syarikat penerbitan. Tapi aku masih tidak berkeyakinan dengan hasil sendiri. Aku terus menulis untuk simpanan sendiri (juga dibaca rakan-rakan) sehingga tamat belajar.
2004 membawa kenangan terindah dalam hidupku...
bersambung
2 comments:
Dapat tengok gambar dalam blog je....lawa-lawanya anak sedara paklong. Selamat hari raya eidulfitr.
Maaf zahir dan batin. Kirim salam kat semua.
Hamduna anak paklong dah kat Mansoura Uni di Mesir, blog dia http://www.derqynuna.blogspot.com/
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin buat pak long sekeluarga...
Tahniah juga sebab anak sulung pak long dah hampir menggapai cita2...dah lawati blog hamdona, x sabar nak tgk foto dia di sana
Post a Comment