Syawal tahun ni disambut sederhana seperti tahun-tahun lepas. Yang berbeza, kali ni semua ahli keluarga dapat berkumpul. Tahun lepas tak dapat berkumpul semua. Raya tahun ni kami memilih tema warna kuning untuk baju raya. Persiapan berjalan lancar. Berbeza dengan tahun lepas, agak kelam kabut sebab raya jatuh pada hari Sabtu. Hari Jumaat saja dapat cuti. Tapi tahun ni dapat cuti lebih awal. So, dapat ready awal.
Selesai solat sunat aidilfitri, kami bercadang untuk ke tanah perkuburan. Tapi keadaan tak mengizinkan aku. Tak dapatlah aku nak sertai adik beradikku yang lain menziarahi pusara ayah buat pertama kali. Di rumah, aku melayan tetamu yang kebanyakannya adalah kanak-kanak. Tetamu dewasa pulak tak berapa ramai berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin kerana ketiadaan ayah. Kehilangannya semakin terasa..
4 comments:
very cool.
Thanx
ni kumpulan nasyid mana pulak ni? anyway, selamatlah hari raya. byes
kump nasyid baru nak bertapak..harap beri sokongan :) Selamat Hari Raya
Post a Comment