Berakhirnya sebuah penantian....
Akhirnya terbit juga novel kedua remaja dewasa (selepas KALUNG) bersama KarnaDya.
(akan berada di pasaran)
Sinopsis belakang buku :
Dua belas tahun sudah berlalu. Ramalan salah seorang bomoh masih lekat di ingatannya... Kanak-kanak tersebut akan kembali selepas 12 tahun. Sekembalinya dia ke alam manusia, dia akan menjadi seseorang yang mempunyai kuasa sakti dan hidup dalam kemewahan. Satu ramalan yang sukar untuk dipercayai tetapi tetap ditunggu. Rifqi berharap penantiannya selama 12 tahun akan berakhir. Dia berharap sangat dapat bertemu semula dengan kanak-kanak yang hilang itu, yang pernah menjadi kawan baiknya.
Di Kolej Indera Jaya, persoalan yang bermain di mindanya kian terungkai. Pencarian hampir menemui titik tamat. Namun, saat rahsia hampir terbongkar, Rifqi terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan penyiasatan. Jika tidak, perhubungannya dengan gadis itu pasti akan terancam. Gadis itu pasti tidak akan memaafkannya andai rahsia itu terbongkar. Rahsia tentang siapa dirinya yang sebenar...
Nota : Ingat tak lagi novel awal remajaku yang pertama bertajuk ALIA? Buat pembaca yang sudah mendapatkan ALIA, terima kasih diucapkan. Jangan lupa ALIA tidak berhenti setakat itu saja. Masih ada sambungannya.... MENJEJAK MEMORI yang dikategorikan sebagai novel remaja dewasa kerana Alia kini bukan kanak-kanak lagi. Alia sudah mencapai usia remajanya. Novel Alia berkisar sekitar pertengahan 90-an. Menjejak Memori pula berkisar zaman sekarang. Kepada yang pernah membaca kisah ALia, tentu masih ingat bagaimana seorang kanak-kanak terpaksa menjalani hidup tanpa rakan-rakan. Dia disisihkan kerana rakan-rakan menyangka dia bukan manusia biasa... Sehinggalah kehadiran Rifqi yang menceriakan Alia sebelum lelaki itu juga percaya dengan khabar angin lalu dia mula menjauhkan diri dari Alia yang baru hendak mengenali apa itu persahabatan.
Korang tentu perasan ending novel ALIA terlalu ringkas. Ada sebabnya kenapa saya buat begitu. Dalam kepala otak, memang dah pasang niat nak sambung cerita tu. Alhamdulillah, novel ALIA juga antara yang terlaris di bawah penerbitan K.Dya. So, hati melonjak berharap sambungan ALIA diterima dan seterusnya diterbitkan. Akhirnya termakbul juga doa saya tu...
MENJEJAK MEMORI bukan cerita fantasi k... sama juga dengan ALIA. Kalau anda baca sinopsis mungkin akan menganggap MM sebuah kisah fantasi. Sebenarnya tidak.
Jika anda pernah membaca ALIA, saya ingin mengajukan 2 soalan;
1. Benarkah Alia sudah dijumpai?
2. Jika ya, jadi siapakah Alia yang muncul di akhir cerita?
3. Jika tidak, ke manakah Alia menghilang??????????????????????
Jawapannya akan ditemuai dalam MENJEJAK MEMORI....
MM ~ kisah liku-liku hidup Rifqi dalam menjejak memori. Disebabkan memungkiri 1 janji (pada masa lalu) yang telah mendatangkan musibah yang besar, pada dirinya, keluarga yang terbabit serta seluruh kampung... dia dihantui rasa bersalah bertahun-tahun.
~ sebuah novel misteri + penyiasatan + cinta yang tidak terlalu berat untuk difahami ~
2 comments:
amboi, menjejak memori pulak. tahniah dik.
sama-sama kak...1 novel thn ni pun jadilah..hehe
Post a Comment