Pada mulanya karnival pra yg menjadi agenda wajib setiap tahun dijadualkan berlangsung sekitar ogos kalau tak silap, iaitu sebelum Ramadan menjengah. Tapi di saat akhir terpaksa dibatalkan kerana H1N1 melanda. Kerana menyangka karnival dibatal, aku pun berhenti melatih murid yang terpilih menyertai pertandingan. Tup2 minggu lepas hari Khamis, aku dihubungi oleh seorang guru yang memaklumkan karnival akan diadakan pada hari Isnin, 5 Okt 2009. Mak ai, aku langsung tak ready. Akhirnya muridku yang menyertai pertandingan sajak terpaksa digugurkan kerana dia dah lupa. Nak suruh hafal kembali bukannya boleh sehari dua. So, terpaksa la hantar murid yang menyertai pertandingan mengeja perkataan, menyusun huruf dan mewarna.
Hari Isnin.. hari ni la, pagi-pagi lagi aku dimaklumkan oleh seorang murid yang memberitahu adiknya tidak datang ke sekolah kerana mengikut ibunya ke Kuala Lumpur. Adoi... beginilah jadinya saat2 akhir.
Alhamdulillah, Nur Hidayah berjaya juga sampai ke Pusingan Tambahan tapi gagal mengeja perkataam 'konvokesyen'. Gabra agaknya. Mujurlah dalam pertandingan mewarna, beliau berjaya mendapat tempat kedua. Lega hatiku. Taklah dia pulang dengan tangan kosong.

No comments:
Post a Comment