Inilah kawasan resort tempat saya dan teman-teman yang menyertai lawatan ke Langkawi pada 23 hingga 25 Oktober yang lalu. Nama tempat ni...Malibest Resort. Semalam RM150 utk bilik 4 orang... okay la. Kami menyewa bilik nama Teluk Kemarong kalau tak silap. Selepas sekolah kami terus bertolak. Sampai di jeti Kuala Perlis sekitar jam 5. Feri bertolak jam 6 petang. Sampai jam 7 lebih. Kami menyewa 2 buah Inova. Terus kami menuju ke area Pantai Cenang yang terletak lebih kurang 30 minit dari Pekan Kuah. Sebelum tu sempat singgah makan malam dulu. Kawasan Pantai Cenang memang hidup pada sebelah malam. Sepanjang kiri kanan jalan penuh dengan kedai yang dihias cantik dengan lampu warna warni. Tempat makan pun banyak...terutama western food. Maklum la ramai pelancong. Lepas check in sempat lagi aku dan member jalan2 tengok keindahan malam...Pagi2 jam 7 dah keluar jalan2 tepi pantai. Sempat la snap beberapa keping gambar...
Selepas jalan-jalan di pantai, kami bersarapan di sebuah kedai. Hmm...suram jer bila siang hari...tak seindah pemandangan di sebelah malam. Selesai sarapan destinasi pertama kami ialah Beras Terbakar di Padang Mat Sirat. Sebelum sampai ke kawasan beras terbakar, dua tiga tempat kedai kami singgah. Sepanjang jalan jual cenderamata dan kain batik. Mak ai, kecik jer rupanya kawasan beras terbakar ni..hehe..aku ingatkan sepanjang pantai. Beras yang disimpan oleh penduduk telah dibakar (oleh siapa aku dah lupa la). Ini antara peristiwa yang berlaku setelah Mahsuri mati dibunuh selain serangan Siam. Lepas berposing, aku sempat singgah beli 5 helai kain batik siap jahit dan batik lepas. Beli 5 jer coz penjual tu cakap had 5 ja. Boleh nak beli lebih tapi kena pandai2 la sorok. Bab2 ni aku takut sikit. So aku beli jer 5..tak payah pikir soal nak sorok2..hehe.. Selain tu aku sempat gak sambar sehelai blouse dan cenderamata untuk my students & simpanan peribadi sbg kenang-kenangan yg aku pernah menjejakkan kaki ke sini...tengah asyik shoping key chain, terima panggilan..member dah tunggu dalam kereta..hehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment