Akhirnya sampai juga aku ke tempat ni...Langkawi Cable Car. Tiket RM14 untuk dewasa. Pengalaman yang manis dan takkan dilupakan. Aku satu2nya yang gayat dengan ketinggian. Member lain slumber jer...aku ambil masa gak nak tenangkan diri..hehe.. Bangunan sekolah 4 tingkat pun dah rasa gayat.. Kami berhenti di stesen pertama jer. Sempat snap gambar dari puncak gunung. Member tak nak berhenti di stesen ke2..huhu.. aku kena datang lagi ni. Teringin nak melalui jambatan yg menghubungkan dua buah gunung...
Lepas langkawi Cable Car, kami berhenti di Telaga Tujuh tapi ramai yang dah penat. So kami berjalan2 jer kat bawah. Destinasi seterusnya Kota Mahsuri. Dah datang Langkawi tak sah rasanya kalau tak melawat tempat lagenda ni. Member cakap dulu tempat ni lain. Tak ada lagi kota..sekarang dah dibina kota. Nak masuk tentu la kena bayar. RM5 untuk dewasa. Mula2 jumpa muzium. Malangnya tak bleh ambil gambar. Kat sini ditunjukkan la keris yang dipercayai yang digunakan untuk menikam Mahsuri. Ada juga potret Mahsuri..ilham pelukis semata2...tak tau la betul ke tak wajah Mahsuri.. kalau la zaman tu dah ada kamera, bleh gak tgk camner la rupa Mahsuri yang sebenarnya. Kejelitaannya hanya diperturunkan dari mulut ke mulut jer. Ada sesi tayangan video sejarah Mahsuri yang berlaku awal kurun ke 19..Mahsuri memang wujud coz keturunannya memang ada. Tapi sumpahannya tu, kebetulan ke apa...wallahualam...Kat dalam Kota Mahsuri ni ada macam2 tempat..ada persembahan caklempong, mek mulong, rumah kedah dan macam2 lagi...masuk rumah kedah terasa kembali ke zaman lampau... Makam Mahsuri tu hanya tanda ingatan saja kerana di sinilah
Mahsuri dilahir dan dibesarkan. Mak dengan ayahnya datang dari Thailand. Lepas Mahsuri dihukum, suaminya membawa satu2nya anak lelaki mereka ke Thailand...dan lahirlah generasi ke7...Aisyah..
Lepas Kota Mahsuri, kami ke pekan Kuah. Shopping jap di Ismail Group. Sempat la beli cokelat...bab2 cokelat ni pun aku kurang arif coz aku bukan penggemar cokelat. Pakai ambik jer, sesuai dgn bajet :) Lepas siap shoping singgah jap di Dataran Lang yang berhampiran dengan jeti.
Hari Ahad lepas shoping di Idaman Suri, sempat ke Galeri Perdana yang mempamerkan koleksi milik Tun Mahathir. Pastu makan dan sempat lagi singgah di Ismail Group sebelum bergegas ke jeti. Tiket jam 3 petang. Sampai situ 2.3o ptg. Kalut gak la. Dah kalut kastam pun lepas jer. Grr...kalau la tau nak jadi camni, bleh angkut kain batik byk sikit...Malam baru sampai ke kuale...pena giler tapi puas hati :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment