Friday, May 18, 2012

Kenapa Aku Tak Online?

Soalan yang aku tanya biarlah aku sendiri yang jawab ye..hehe... Dalam dua minggu ni aku tak sempat jengah blog atau berfacebook (2 perkara yang aku suka jengah tiap kali on9). Bermula dengan laptopku yang terpaksa reformat coz windows XP tak bleh nak bukak. Hantar la ke kedai utk reformat. Melayang RM45. Bila dah reformat, segala software yang aku dah install semua hilang. Nak download balik satu persatu makan masa. That's why aku malas nak buka laptop ni apa lagi nak online. Tapi aku selalu jugak la on9 via mobile. Just tengok2 fb dan update status kat twitter. Blog memang langsung tak masuk.

Aku jugak tak sempat nak online disebabkan kesibukan tahap gaban yang tiba-tiba melanda diri dengan tugas-tugas di sekolah. Aku jadi s/u lawatan. Nest week kami akan ke Cameron Highlands. Jadi sibuklah aku dengan kertas kerja dan mencari sapa2 yang nak join the trip. Selain tu, aku jugak baru dilantik sebagai bendahari PIBG sekolah. Ulang alik jugak ke bank rakyat untuk pertukaran nama. Ni nak kena keluarkan duit lagi ni. Rupa-rupanya aku tak boleh pegi bank sorang. Kena pegi dgn YDP atau S/U. Hampeh punya syarat!!! Kalau sorang2 buat keje kan senang. Bukan juta2 pun duit yang ada dalam bank tu.

Ada lagi... Hujung minggu lepas dan minggu sebelumnya aku balik kampung. Kebiasaannya aku update blog hujung minggu time cuti. Tapi time aku berada di kampung memang tak sempat nak online. Biasalah sekali sekala berjumpa mesti nak bergosip..hehe... Oh ye, aku balik kampung bukan saja2. Tapi menghadiri my sis wedding day. 12 mei lepas my sis kawin. Sibuk la jugak kemas rumah dan buat apa yang patut. So, mana ada masa nak online.

Dalam dua minggu ni jugak, urusan pasang grill, awning dan wiring dah selesai. Alhamdulillah lega. Rabu lepas aku n suami meluangkan masa membersih rumah. Penat jugak nak mencuci rumah tu. Suamilah yang paling penat. Aku cuci dua bilik paling kecik - bilik air :) Tu pun termengah2 dibuatnya. Selebihnya en suami yang mencurah tenaga lelakinya. Tapi kekotoran mozek masih belum hilang sepenuhnya. Bekas2 simen masih ada. Sakit mata melihatnya. Harap2 lama2 hilang la bekas2 simen tu. 

InsyaAllah minggu depan pindah rumah baru.. yeay!!! Ni pun keje yang memenatkan jugak. Banyak barang nak kena angkut ni. Kena simpan tenaga. Lepas beres semua, baru bleh deko2. Hiii tak sabarnya!

Kos setakat ni 
- Lawyer RM5000
- Awning + Grill RM4800
- Wiring RM500
- Lampu + Kipas RM1300
- Rod langsir RM200


Grill Putih Sliding Door

Grill tingkap

Karpet.. hajat di hati nak tgk2 jer, tapi bila nampak corak gini aku terus kebas

Almari hiasan yang akan diputihkan dan rak buku..fresh dari kedai

Awning belakang...masa ni besi grill belum dipasang

dah berfungsi :)

org kuat tengah menyental mozek

2 comments:

muni ramli said...

Slmt msk rumah baru...hehehe...aku dah rasa penatya megemas rumah...dah tiga bln duduk tak habis mengemas lagi... Kalau nak hilangkan bekas simen d mozek beli mosaic cleaner jet sen dlm 17 hinggit...slmt mencuba...

Catatan ZZ said...

tq ats maklumat yg diberikan...memang penat gila wei...sakit segala sendi..huhu

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...