Saturday, May 26, 2012

Mei - Bulan Yang Agak Sibuk & Kelam Kabut

Hari Ibu

Tak sempat nak wish apa lagi nak beli hadiah buat ibuku Sariah Awang yang berada di Pengkalan Hulu, Perak dan ibu mertuaku Asmah Abdullah yang berada di Sandakan, Sabah. Happy Mother's Day! Semoga panjang umur dan dikurniakna kesihatan yang baik.

B'day Suamiku

Happy b'day my dear. Sorry, belum berkesempatan untuk belikan hadiah walaupun abg tak mengharap. Semoga abg sukses dlm kerjaya dan happy selalu.

Hari Guru

16 Mei hari guru yang disambut peringkat kebangsaan di bandar diraja Kuala Kangsar. Aku tak sempat pun ke tapak ekspo di padang smk clifford disebabkan sibuk sangat. Peringkat sekolahku pulak diadakan pada 23 mei yang lalu. Mcm biasa dapat hadiah la jugak dari murid pra (anak2 cikgu, ppm dan kerani). Sebenarnya aku tak megharap hadiah lg. Sebabnya tak tau nak simpan kat mana. Aku lebih suka kalau dorang bagi pen sbb aku boleh guna pen hari2. Sementelah pula pen aku pun dah tinggal sebatang 2 yg berdakwat. Apa2pun aku tetap hargai. Maaf, gambar belum sempat snap. bz wei

Aal2 pagi ada perutusan rasmi yg berlangsung hampir 2 jam. Lepas diadakan pertandingan mewarna utk murid tahap 1 dan pra. Murid tahap 2 pulak bersukaneka bersama guru2. Hmm... well aku dpt hadiah pertama dlm pertandingan tiup belon dan pecahkan. Haha... dpt la sebiji jag gergasi yg aku tak tau lg bila nak guna. Lepas jamuan makan, kami ke dewan. Murid2 buat persembahan. Murid pra buat persembahan tarian Gadis dan Bunga. Nanti aku upload video yer
pertandingan mewarna

Cameron Highlands

Sehari selepas hari guru, kami yang join lawatan sambil belajar ke CH. Aku takderla berkobar sangat sbb thn lepas dah pergi ke sana (honeymoon) dan tahun sebelum tu pun ke sana bersama family. So CH masih sama, tak banyak berbeza dr thn lepas. Disebabkan aku setiausaha kena la join jugak. Dah kali ke 5 ke sana. Kali ni aku beli strawberi, keychain dan buah plastik jer tuk hias my new home sweet home. Oh ye tambang RM26 jer.






Upgrade streamyx

Sebelum ni aku guna pakej RM60 yang kelajuannya dlm 300 kbsp. Tup2 telekom call. Katanya tengah promosi utk kejuan streamix 1000 kbps dgn bayaran bulanan RM110. 3 bulan aku kena bayar RM60 jer sbb promosi. Jadi aku pun terima la. Niat nak upgrade streamix tu memang ada sebelum ni. Alang2 telekom call, aku pun tak payah nak ke tm point, jadi aku pun setuju terima. Nak upload video pun laju la sikit berbanding sebelum ni.
Korang kalau nak semak kelajuan streamyx sila layari verify.tm.net.my... ambik download test tu

Pindah Rumah

 Topik pindah rumah belum selesai. InsyaAllah jika tiada aral melintang, malam ni lori akan datang untuk angkut barang2 yg besar. Barang2 yang kecik aku dah angkut tadi...selesai 90%. Nak pengsan rasa. Penat wei. Dah la suami kat KL skrg. Mlm ni lg... nasib baik jiran baru nak bantu angkat barang naik lori. Plan asal nak angkat ptg esok lepas suami balik. Tapi lori plak ada hal esok so tukar ke mlm ni. Jap lg aku nak kena pecat katil, meja mkn, meja komp...huh penat tu!!!




No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...