Friday, May 29, 2015
Mudahnya Menjemput Rezeki
Baru aku semakin faham apa itu REZEKI. Sebelum ni aku cuma tahu rezeki dalam bentuk wang, kesihatan, anak, ilmu. Rupanya pengertian rezeki lebih luas dari tu. Mencari rezeki lebih sukar berbanding menjemput rezeki. Macam mana? Beli buku MMR...semua ada dalam tu.
Aku tertarik tentang Buku Impian. Dah tak sabar aku nak buat buku impian. Nak hias cantik2. Jommm....
Sunday, May 17, 2015
NOTIS DARI DBKL
Tup tup aku terima surat notis dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Tarikh surat 30 April 2015. Tarikh kesalahan 5 Jun 2008 (????).
Kesalahan meletak kenderaan di Jalan Pudu. Gilosss! Aku tak pernah drive ke Jalan Pudu.
Masa tu aku masih study kat Maktab Ipoh. Kehadiran 100%. Tak boleh excuse. Kereta ada dengan aku. Tak pernah bagi sapa2 pinjam.
DBKL tak der duit sangat dah ke? Aku call talian hotline. Lepas tu pekerja yang jawab panggilan aku tu bagi no fon lain. Konon urusan saman kena call no yang diberi. Banyak kali call tapi tak berangkat. Apa ke jadah???
Kalau aku bayar 1-15 hari dari tarikh surat jumlahnya RM15. Kalau 15-30 hari naik ke RM50. Lebih dari 30 hari kena bayar RM100. Tunggu surat sama. Gila ke apa!!
Haiyyaa.... terpaksa aku hantar surat guna pos laju pulak. Hampeh DBKL.
Wednesday, May 6, 2015
SHOPPING KAT NILAI
Sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei Jumaat dan bersambung Cuti Hari Wesak Isnin 4 Mei, weolls telah menghabiskan masa dan duit berjalan ke Seremban, Nilai dan Bangi.
Kami ke sana Khamis malam dengan Myvi my sis yg dtg dr kampung with my mom. My en suami jd driver memandangkan dia dah ada lesen plus tak tidur malam.
Dekat jam 10 bertolak ( tak sempat tgk Asia's Got Talent sampai hlabis ) dan sampai Ke Taman Tuanku Jaafar dekat jam 3 pagi. Berenti makan jap di RnR Tapah.
Pagi tu rehat di rumah kakak. Petang kami ke Bangi singgah rumah kakak ke 4. Sambil hantar suami ke stesen komuter. Dia nak ke Pandan Indah, ada kerja sikit sambil jumpa family adiknya.
Than kami bertolak ke Bangi Gateway. Jumpa adik bongsu yg kerja di situ. Window shopping dekat 2 jam. Aku tak sempat beli apa2 coz my prince tak nak duduk diam. Tq Si Umar krn selamatkan dompet mommy.
Malam tu tidur di Seremban. Esoknya kami ke Nilai. Semua pergi kecuali Kak Lang and Kak Nik. Dorang dah jemu ke sana. Aku beli rak hiasan English Style 2 biji. Tauke mula2 letak 1 RM70. Akhirnya dpt RM50. Aku pun sambar la 2 biji. Aku jugak beli pelapik meja. My sis beli rak sos dan rak telur. Aku dah ada dua2 benda tu.
Esoknya kami ke nilai lagi lepas hantar adik bongsu ke Bangi Gateway. Kali ni aku beli blouse + 2 karpet + 2 sejadah + 1 cadar patchwork. Tahu boleh guna kad kredit aku pun terus tak ingat dunia. Tak ingat yg kami hanya pakai Myvi. Sudahnya 2 biji almari hiasan terpaksa tinggal kat Bangi. Adik balik bln 6 nanti mintak dia hantar.
Kat Nilai semua penjual dahagakan pembeli. So dia orang yg akan turunkan harga. Lagi lama di situ lg murah harga yg ditawarkan. 5 helai tuala mula2 beli RM30...lepas tu RM25...last dpt RM20.
Hari Isnin pagi gerak balik. Kami lawan arus so jalan lancar je. Tapi kat sebelah ( utara menuju ke KL ) jalan jem sepanjang higway.
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...