Sunday, January 26, 2020

Bercuti di Seoul Pertama Kali Part 3 : ELYSIAN SKI RESORT

Hari kedua. Malam sebelum, Ucop dah inform awal2 pakai baju tebal. Kami akan ke Elysian Ski dan Nami Island. Suhu hari kedua mak ai lagi sejuk dari semalam. Jam 8.30 pagi, Ucop datang jemput. Menapak kami ke Seoul Station dalam 10 minit. Musim sejuk jadi badan takdelah berpeluh. Kalau kat Malaysia, mau lenjun habis baju.
Kami menaiki train. Kena tukar 2 train. Ucop dah bgtau awal2 kalau ada tempat kosong terus duduk. Satu lagi org Korea jenis tak peduli ke orang lain. Pakat buat hal masing2. Kau cara kau, aku cara aku. Jangan kacau sudah. Nak senyum2 pun tak de. Masing2 buat hal sendiri. Train dorang mcm kat malaysia jugak. Ada utk oku, orang tua, ibu mengandung dan ibu dukung baby. 
Dekat 2 jam perjalanan kami ke station utk ke elysian. Masa ni train dah tak ramai org. Kebanyakan warga emas yg nak pergi mendaki. Tup nampak snow kat luar. Tak sabar tunggu train sampai coz nak pegang snow.
Keluar dari train, salji masih berguguran. Ya Allah, syukur sangat dapat merasai saat salji turun. Pedih mata. Bergambar dan bercideolah kami kat luar station sebelum naik bas ke Elysian ski. Tak sampai 10 minit dah sampai kawasan pergunungan tempat org main ski. Salji masih berguguran. Sejuk sangat. Tapi glove pakai sebelah tangan je sebab tangan kanan nak guna utk pegang telefon. Sejuk pun sejuklah..janji dpt merakam detik2 indah. Entah bila lagi nak ke sini.
Kami diberi masa hampir sejam di sini. Tak masin ski pun sbb memang tak reti. Tujuan utama nak tengok snow je. Rezeki...snow real pulak turun. Ada juga kereta cable utk ke puncak. Kami tengok je 🤭
Cukup sejam, kami naik bas ke station utk ke Nami Island pulak. 

Bersambung...


Baru keluar train, terus disambut salji yg berguguran


umar paling seronok dapat main salji







No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...