Tourist dah whatsapp awal2, sampai sahaja di airport terus onn wifi. Sebelum tu risau jugak takut line slow. Rupanya tekaan salah. Line laju siot. Tourist bagi arahan satu2. Ikut org ramai. Utk ke imegresen kena naik train. Sekejap je. Di imegresen, segalanya berjalan lancar. Lepas tu tunggu ambil bagasi pulak. Masa ni masih pakai baju biasa je. Sebab tak rasa sejuk pun. Kami keluar ikut Gate C. Pemandu pelancong kami En Yusuf aka Ucop dah tunggu dengan winter coat maroon.
.
Selesai sesi berkenalan, Ucop bgtau pasal SIM Card. Kami pun beli kat kaunter. SIM card utk 5 hari with unlimited data. 25k won. Dekat2 RM100. Kemudian Ucop inform suruh pakai winter coat sebab nak keluar dr bangunan airport dah. Nak menuju ke MPV yg senang menanti.
Sebaik sahaja keluar dr airport, tu dia...sejuk gila‼️😂 Kami pakat gelak 😂 Gitu rupanya suhu musim sejuk. Terus pakat cari glove. Tak tahan wei. Umar paling suka sebab bila bercakap keluar asap. Bila masuk MPV rasa lega. Dah tak sejuk. Terbalik dgn kat Malaysia. Masuk kereta sebab nak aircond bagi sejuk badan.
.
Dekat sejam jugak dari Incheon Airport ke Seoul. MPV hantar sampai depan jalan ke guest house. Kena la mendaki dalam 50m. Tak jauh pun. Ucop ajar cara buka pakai password. Simpan beg. Tengok bilik kejap. Lepas tu bergegas keluar. Maka bermulalah kami berjalan kaki hari2 sebab kami ambil pakej punlic transport 😅 Kata Ucop sehari min 10k langkah. Memang betul pun bila cek app. Menapaklah kami ke Seoul Station dalam 10 min. Masa tu dah malam. Jam 5 petang matahari dah terbenam. Musim sejuk malam lebih panjang berbanding siang. Korea jamnya cepat sejam dari tanah air. Malaysia pukul 6 ptg, Korea dah jam 7.
.
Ucop pesan kalau naik escalator, berdiri belah kanan. Belah kiri utk org yg nak gerak cepat. Orang Korea memang suka jalan laju2. Kami nakk bas dari Seoul Station ke Itaewon utk dinner. Masa ni dah tak tahan kesejukan malam. Ucop tanya kami nak makan apa? Korea, Malaysia atau Turki/Arab. Kami pilih makanan Korea lah 🤠Turun bas kena menapak lagi. Naik bukit sikit utk ke restoran. Kat situ mmg byk restoran halal.
.
Sampai kat restoran makanan Korea, Ucop pun bgtau kat waiter di luar pintu. Brp org yg nak makan. Kami tggu sekejap sebelum dipanggil masuk. Rupanya gitu cara mereka. Kena inform brp org nak makan, nanti dia org sediakan meja. Takdelah kita masuk kedai dan cari tempat kosong sendiri.
.
Masa ni tak reti lagi nak makan apa. Ucop kata bulgogi sedap. Aku pilih nasi goreng. Umar aku pilih nasi ayam full. Adik pilih bulgogi. Rupanya nasi ayam full tu ekor ayam kecik belah 2 😂 Mujur boleh bungkus. Ingat sikit je..rupanya setambun makanan. Dlm gambar nampak sikit 😂 Bulgogi makanan berasakan daging. Fuh memang sedap. Disediakan sekali dgn 1 mangkuk nasi dan kimchi. Jadi malam tu kami makan bampir 100k won 😱😅.
.
Habis dinner kami dibawa ke Masjid Seoul. Dekat je. Tapi masiid dah tutup. Boleh la bergmbar kat luar je. Sebelah masjid nampak ada sekolah Arab. Lepas singgah masjid atas bukit, kami baik bas balik ke Seoul Station. Menapak lagi ke guest house atas bukit.
.
Bersambung...
Masjid Seoul |
Sunset |
Bandarraya Seoul |
MPV |
Suhu sebelah malam |
waktu solat |
Ucop - our tourist guide |
Guest House - Moon Hill House. 3 bilik tidur, dapur lengkap peralatan. |
ambik kau 😂 ayam sekor |
Restoran Halal di Itaewon |
Seoul Station |
No comments:
Post a Comment