Tuesday, September 12, 2006

My Girl - Episod 2 (11 Sep.2006)

Yoo Rin (heroin) bukan saja2 tinggal di villa. Dia mengemas dan membersih villa tersebut. Ketika dia membersih di luar, dia bertemu dengan dusun limau. Memandangkan buah limau sudah masak, Yoo Rin memetik lalu menjual buah limau tersebut di tepi jalan. Jualannya laris hinggalah suatu hari apabila sepupunya dtg memarahinya krn mencuri buah limau. Ktk bertengkar, buah limau jatuh lalu tergolek atas jalan. Gong Chan (hero) yg tak perasan terus langgar buah limau. Yoo Rin lalu kejar kereta Gong Chan. Bila melihat si pemandu itu ialah Gong Chan, pemilik dusun limau, Yoo Rin serba salah tambah2 lg Gong Chan bayar ganti rugi. Yoo Rin hadiahkan seplastik limau.

Gong Chan yg ketika itu berada di villa tlh dihubungi ibu saudaranya & pesan ambil limau. G.Chan pergi dusun dan bertemu dgn pencuri limau iaitu Y.Rin. Berlaku adegan kejar mengejar yg lucu. Y.Rin menyerah semua pendptnnya termasuk jem limau yg sempat dibuatnya spy tdk dihantar ke penjara. Y.Rin kata dia terpaksa curi limau utk beli tiket flight. G.Chan hantar Y.Rin ke hosp. krn kaki Y.Rin terseliuh ktk melarikan diri. G.Chan tak percaya sgt dgn cakap Y.Rin.

G.Chan dihubungi pekerjanya yg memberitahu pelancong yg menginap di hotelnya mahu melawat Pulau Ceeju dan mahu Y.Rin jd penterjemah & pemandu pelancong. Y.Rin setuju krn dia akan dibayar upah. G.Chan belanja Y.Rin makan.

Y.Rin ke tempat dijanjikan utk bertemu sepupunya. Along mengekori sepupunya. Y.Rin terpaksa melarikan diri. Dia telah diselamatkan hero ke2 (Jung Woong). JWonng adalah sepupu G.Chan yg baru balik dr Eropah. Dia membawa Y.Rin lari dr along dgn keretanya. Di tepi jalan stlh tak dikejar along lg, Y.Rin turun. Dia jd emosional mengenangkan nasib diri yg sentiasa dikejar org jahat sdgkan itu adalah kesalahan bapanya.

Y.Rin teringat tugas yg menantinya lalu segera ke tmpt yg dijanjikan. J.Woong x sempat berkenalan dgn Y.Rin.
Bersambung....

Semlam pergi library utk hantar dan pinjam buku. Memandangkan semua novel yg ada kat library dah dipinjam (rasa2nya lah), saya pinjam pulak buku keagamaan.... Menyingkap alam Jin & Pengembaraan Imam Syafie. Sempat cek novel kat rak. Tak de. Sure ada org pinjam. Yg pastinya tak ada seorg pun pekerja di library tu yg tahu akulah penulis novel tersebut. Kemudian pergi kedai cenderamata.
Petang... sempat tgk Impian Ilyana sekejap je. Suka sgt dgn watak Ilyana lakonan Lidya Ibtisam dan teman2 satu u dgn dia. Teringat kehidupan di u satu ketika dulu.... Hujan lebat turun. Services not available.... La Mujer El Espano pun terlepas. Tidur. Pukul 6pm sambung tgk Alias pulak.
Lepas Maghrib, sempat kejap edit novel terbaru 'kalung' sebelm sambung tgk My Girl.
Habis My Girl, tak de lg cerita menarik. Lepak kat kedai. Masuk tidur jam 11pm...

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...