Semalam saya pergi ke Tasik Takung utk menyaksikan pertandingan rakit berhias sempena Hari Merdeka. Saya gi lambat sikit. Sekitar jam 9.30pm selepas menonton drama Korea kesukaan saya... My Girl. Selalunya tengok kereta berhias kat tv tp kali ni boleh tgk rakit pulak berhias. Lawa sgt. Sengaja diadakan acara tu waktu malam spy nampak lebih cantik dgn hiasan lampunya.
Sampai je kat Takung, ya ampun ramainya orang sampai nak park motor pun susah. Rakit dah berlayar waktu tu. Dr jauh nampak lampu hiasan rakit berkelip2. Saya dan adik sgr bergegas ke kws paling dkt spy dpt ambil foto. Sayangnya langsung tak boleh nak menyusup ke depan, tepi tebing tasik. Saya nak cari rakit dr kampung sy tapi dah berlepas.
Ada lebih kurang 12 rakit yg masuk pertandingan kalau tak salah. Setiap kampung sekitar tempat ni hantar satu rakit. Rakit kg saya berkerjasama dgn JKR. Akhirnya dpt kejar rakit dan ambil gambar. Rakit kampung saya buat hiasan ikan. Sebelah depan diletakkan replika kepala ikan sambil air keluar dr mulutnya. Kat belakang buat ekor. Ada jg replika gajah ats rakit tu. Agaknya krn kat kg saya ni banyak gajah. Bukan kat dlm kg., tp di kws hutan berhampiran. Lawa sangat. Ada juga rakit yg dihias bentuk twin tower, kereta dan macam2 lg. Rakit angkatan Tentera pun lawa. Siap dgn pemuzik di atasnya.
Setiap rakit juga akan melepas bunga api ke angkasa setiap kali melepasi kawasan VIP. Lawa.
Selain perandingan rakit berhias, ada pertandingan karaoke lagu patriotik dan pakaian beragam (kanak2).
Sekitar jam 11, saya dah balik jd tak tau kept siapa yg jadi pemenang lg. Kalau nak tengok foto, terus klik foto kat kanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment