Friday, June 8, 2007

Cikgu/Penulis...Adakah Ini Cita2ku?

Terkenang zaman persekolahan...setiap tahun kena bgth cikgu dr thn 1-6, akan cita2 bila besar nanti. Waktu tu aku tak ada matlamat pun...terus je taruk apa2 keje yg bunyinya hebat2 sikit. Cikgu nak isi dalam kad 001 (kalau tak silap...warna hijau).

Kalau aku bercita2 nak jadi penulis, seharusnya aku melangkah ke aliran sastera bg mendalami ilmu kesusteraan. Tapi aku tlh dimasukkan ke aliran sains...belajarlah aku Bio, Kimia & Fizik. Waktu tu minat giler dgn dunia astronomi, so aku jd pelanggan setia majalah Kosmik (entah masih keluar atau tak majalah ni). Tapi minat menulis tu dah mula lahir. Umur 16 tahun aku cuba2 tulis cerpen. Aku guna mesin taip kakak sulungku. Tajuk cerpen pertama RIMBA BEBANAN (tajuk lagu) coz lagu dr kump. Medicine tu tgh popular. Saje je aku taruk tajuk tu. Kalau diikutkan mmg tak ada kaitan pun dgn jalan cerita cerpen pertama aku tu. Heronya nama Shezevell dan heroin Esmishell...nama yg tak pernah wujud pun di alam nyata. Org putih, cina, latin, melayu tak de pun yg pakai nama ni. Ini nama dr dunia fantasi ku. Aku kuat berfantasi dulu. Dan aku suka masuk ke dunia fantasi...ala2 kat planet atau atas kayangan....watak2 lain pun semua nama pelik dan yg pasti huruf ell kat belakang. Nama bandar dan kg pun pelik gak.... Aku menulis time cuti sekolah je..sbg projek musim cuti coz bila sekolah buka, cikgu pasti akan tanya apa yg dilakukan masa cuti sekolah. Aku juga akan serahkan cerita yg aku tulis atas buku latihan dgn pen pd kawan baik aku...Munie and Laili. Dan mrk akan beri komen... tapi dlm hati tak pernah mimpi nak jd penulis krn aku sedar siapalah aku...

Tamt SPM, aku ditwarkan ke Tingkatan 6 aliran sains. Tapi aku dan Laili sengaja tukar masuk ke aliran sastera krn kami sedar setahap mana kemampuan kami dlm bidang sains. Waktu itulah aku berkesempatan seketika belajar kesusasteraan melayu. Buku wajib waktu tu kalau tak silap Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang dan Awang Sulung Mulut Merah (maaf kalau aku tersilap). Hatiku terus jatuh dgn dunia sastera dan berhasrat mahu mendalami sungguh2 bidang ni.

Saat semangat berkobar, aku mendapat tawaran matrikulasi dlm bidang Perkaunan. So terhentilah seketika semangat yg berkobar2. Masuklah aku dalam bidang Perakaunan...tapi keupayaan aku gitu2 aje dlm bidang akaun ni. Kalaulah aku dah punya matlamat, seharusnya aku pilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan dan Pendidikan spy keluar u nanti aku boleh terus jadi cikgu. Memandangkang tiga kakak dah jd cikgu, aku pun nak le ubah angin. Waktu mendengar ceramah tentang pemilihan kursus utk ke first degree, aku tertarik le pulak nak jd usahawan. Huh, aku memang tak tetap pendirian..lg pula tak ada yg sudi bantu aku buat pilihan. So, aku pilihlah bidang Agribusiness. Konon nak jadi usahawan tani... waktu di U, hobi menulis tetap ku teruskan. Tapi belum bermimpi nak jadi penulis.

Dah grad tahun 2000...mulalah aku sibuk cari kerja. Kekadang aku dpt tawaran jd guru sandaran. Kekadang tak. Masa tu lah aku menulis serius sikit... sikit je. Kalau aku serius, tentu dah banyak novel aku yg terbit. Tapi hingga skrg baru nak masuk 3. Sesebuah novel tu aku ambil masa setahun lebih nak siapkan bermula dr rangka hingga siap print....

5 comments:

dS said...

Apa dah jadi, chek oi? Jelas sekali, pendirian Tanne tidak tetap dan akhirnya jadi sekerat jalan saja..

Tanne, dlm byk perkara kita ada persamaan namun k'dewi pula lbh suka stick to one thing i.e jika dah pilih akaun tu, jgn tengok benda lain dah.. sbb dulu k'dewi jurusan sains + perdagangan, itupun psl nk tukar subjek add maths.

L'pun kita perlu pandang ke dpn dan rancang masa depan dgn bijak.. krn masa yg b'lalu tidak akan dtg kembali..

(sekadar pendapat)

Anonymous said...

TQ K.Dewi...adakah masih belum terlewat utk sy menetapkan pendirian mulai skrg???

dS said...

Sama2, susah juga nak jawab soalan itu!

Di dalam kehidupan setiap orang ada banyak persimpangan. Bila tiba di situ, kita perlu membuat pilihan bijak.

Apa yang lepas tu sudah menjadi sebahagian daripada sejarah silam, renung semula dan buat kajian.

Mungkin juga sudah suratan takdir, janganlah sesekali menyalahkan diri atau menganggap segala keputusan dahulu salah..

Hmm.. tak susah nak susah dan tak senang nak senang.. so, bulatkan tekad dan kuatkan semangat.. Tanne pasti berjaya, insya-Allah!

Anonymous said...

Bukan Awang Sulung Mulut Merah daaa... tapi Awang Sulung Merah Muda. har har har...

salam kenal.

~ainin naufal~

Catatan ZZ said...

SALAM Ainin Naufal.
Ye ke? Sorry...dah lupa, dah lama sangat tinggal...

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...