Saturday, June 23, 2007

Cover Kalung Sudah Muncul!

Akhirnya...muncul juga cover yang dinanti2kan... Hmm, memang cantik cover ni, terima kasih banyak2 buat warga KD. Simbol/gambar yg terdapat pada cover ni ada maksud yang tersendiri.
Kalung - tentu anda perasan ada lorekan berbentuk seperti sebuah kediaman di dalam loket kalung tersebut. Itulah banglo di atas bukit.
Bukit hijau - Nampak bukit hijau ni diselimuti kabus, menunjukkan kawasan ini sejuk udaranya. Di atas bukit ini jugalah, letaknya sebuah banglo yang didiami oleh seseorang. Siapa orangnya, kenalah baca. Dan dari banglo atas bukit tersebut, boleh lihat seluruh pemandangan kampung Jerai Tua...
Perempuan berkerudung putih - Agaknya inilah Nia. Sebenarnya saya tak pernah memberi gambaran bagaimana rupa Nia. Terima kasih KD krn telah melakarkan wajah Nia. Ada iras2 wajah gadis Korea, China, Jepun, Indon...namun yg pasti Nia berdarah campuran.

4 comments:

dS said...

Haa.. kan dah kata dah! Mmg penuh simbolik, rasanya the 1st one yg ada gabungan pelbagai gmbr sedangkan sblm ini, cover nvl dewasa hanya dr illustrasi komputer cuma nvl Maafkanku Sayang (gmbr di tepian pantai).

Tanne, siapakah agaknya yg menjadi model cover nvl ini? Blm pernah jumpa lagi.. ntah2 awek dorg kat KD kut? hihihi.. saja melawak..

Catatan ZZ said...

Itulah K'dewi...risau juga takut KD buat cover yg 'sempoi' je.. So, bila tgk cover tu rasa puas sgt..gambar yg tertera ada maksud tersendiri..maknanya mrk dah kaji isi dlm novel tu..baru letak cover.

Saya pun tertanya-tanya jg siapakah model tu...teringin nak jumpa siapakah gerangannya..

Anonymous said...

wau, cantiknya cover Kalung awak. tahniah. O, KD memberi kebebasan pada penulis untuk turut memberi idea pada cover ya? Prima tak. lain yang kita minta lain yang muncul. lihatlah cover novel SARA KIRANA akak. teruk kan?

Catatan ZZ said...

Tak delah Kak Ila...cover Sara Kirana tetap menarik, cuma kelihatan sedikit suram (pendapat peribadi). Dgn KD boleh berbincang cover, tapi saya serahkan bulat2 pd KD utk buat cover.

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...