Wednesday, August 6, 2008

Salam Syaaban...

Ramadhan belum menjengah tapi kiri kanan depan belakang orang sibuk tanya;
"Dah beli baju raya ke?"
Jawapanku ; belum lagi. Nak dekat raya nanti baru aku fikir pasal tu. Aku suka beli baju yang dah siap. Tak usah risau akan kehabisan baju raya kalau lambat beli.
Tapi kehabisan duit, mungkin! Haha...
Ramadhan nanti aku belum pasti akan berada di mana. Mungkin di sini, mungkin di maktab atau mungkin juga di kampung. Tak pasti! Harap2 kepastian itu akan muncul dua minggu lagi apabila aku melangkah ke maktab utk menghadapi exam.
Kerana kesibukan utk menghadapi exam, aku berhenti sekejap dari hobiku.. menulis. Konon nak tumpu perhatian pada exam la tu! Tapi tiap kali study, fikiran pasti akan melayang. Nak buat kisah apa pulak lepas ni? Hehe... Oh ye, hari ni aku dah terima free copy sebyk 5 buah utk novel Hanya PadaMu. Sampai di sekolah. Padahal aku dah pesan pos alamat kat kg. Terlupa agaknya. Skrg tengah menunggu novel yg satu lagi tu pulak...

Salam buat semua... yang masih belum ganti puasa tahun lepas tu cepat2 ler ganti. Takut tak sempat pulak nanti.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

5 comments:

Anonymous said...

cerita psl raya ni..teringat masa kecik2 dulu habis sekitar ceruk kampung sekitar kroh menjadi sasaran.bukan apa...duit raya !!!

Unknown said...

wahh..kita sama laa..selalu beli yg dah siap..member lain sibuk tanya dah tempah ker belum sbb tgk kita relax jer..hehe.

Catatan ZZ said...

zz-pionopis
kenangan hari raya masa dulu2 plg best...skrg dah x serupa dulu.. tapi hanya time raya akn membuatkan kita teringat kenangan dulu2...ramadhan dan syawal umpama gerbang ke masa lalu

zz-julia
ada gang..hehe...boleh buat banyak pilihan kan..

Anonymous said...

kenapa awak suka guna nama berlainan setiap novel? kan zahida zarkasi tu dah best dah..
Hanya padamu tu psycotic macam kalung tak? kalau ye saya nak beli..
Saya bukan peminat awak, tapi saya peminat novel kalung.. haha

Catatan ZZ said...

salam sdr zakri, 1st of all thanx a lot sebab sudi berkunjung ke blog saya. menjwb pertanyaan sdr, sy guna nama pena yg berlainan utk menunjukkan genre novel sy yg berlainan. zz utk nvl thriller/misteri/seram, dannie sofea khas nvl cinta bersama b.prima, izz danea utk kanak2 & tanne hadihaz utk nvl cinta gak tp bukan dgn prima.
so, utk pertanyaan ke2 awk dah terjwb..hanya padamu bukan psycotic... :(
Alhamdulillah krn tdk meminati sy tetapi meminati karya (kalung) saya..hehehe...

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...