Sunday, April 26, 2009

Kaum Hawa - Krisdayanti

Hampir saja aku meragukan semua
ragu apa? aku bisa bahagia
denganmu sayang ternyata ku senang..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang..

[*]

ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
ku pantas bahagia..

dosa itu di depan mata
ku menyakiti kaum hawa
dia yang tlah lama denganmu
dan masih denganmu uh..
masih saja denganmu..

namun kau tak sendiri ada dirinya
kita saling mencinta tak ingin putus
kita ciptakan cinta yang terlarang oh..

(back to * 2X)

ku digauli rasa salah
namun tak inginku hentikan
bersamamu aku merasa
aku juga pantas bahagia..

ku tak ingin jadi isteri yang muda
ku juga tak mahu kau lepas dia
biar saja aku yang pergi kasih
semoga kau bahagia..

Wednesday, April 22, 2009

Coretan PBAKL 2009

Ini kali ke 4 saya join pesta buku. Kiranya dah jadi acara wajib disertai every year. Tiap kali pergi tak pernah bersendirian. Kali pertama saya join tahun 2005 kalau tak silap. 2006 tak pergi, 2007,2008 dan 2009 tak ketinggalan. 2005 & 2007 tu aku jadi pembeli. 2008,2009 up sikit..hehe. Tapi inilah kali pertama saya mengunjungi pesta buku pada minggu awal. Biasanya saya hadir hari-hari terakhir. Kebetulan hari Isnin cuti, jadi saya tak lepaskan peluang. Jumlah pengunjung tetap sama. Bersesak-sesak! Ingatkan hujung2 bulan begini, sambutan kurang. Rupanya sama jer.
Saya bertolak ke Bangi petang Jumaat, lepas habis sekolah. Excited sangat nak ke KL, kereta terlanggar tiang masa tengah undur. Calar dan kemek :( Nasib baik boleh bergerak lagi. Gi jemput adik dan anak buah yang nak ikut sekali kat stesen bas Lenggong dulu. Pastu balik rumah sewa, ambil beg yg telah siap packing. Dalam jam 3 masuk tol KK, sampai Bangi jam 6.15.. Bermalam di rumah kakak.
Pagi Sabtu punya la bersemangat. Saya ditemani adik, dan 3 anak buah. Awal pagi dalam jam 8 dah keluar ke stesen komuter Bangi. Sejam kemudian sampai kat stesen Putra. Pesta buku pun belum buka lagi. Lepak depan The Mall. Sorang anak buah tu dah menunjukkan tanda2 tak sihat.
Tunggu Kak DS. Dah janji dengan dia nak jumpa situ. Sebentar kemudian Kak DS muncul, sorang jer. Kami pun bergerak masuk ke ruang legar PWTC. Pengunjung bertambah ramai. Semua sedang menunggu nak serbu booth kegemaran :) Saya join ngan Kak DS. Adik pulak ditugaskan jaga anak2 buah..hehe. Sempat beli sebatang pen kenang-kenangan. Bila dewan dibuka, terus serbu. Tinjau2 booth... jam 11 turun ke dewan bawah, cari booth KarnaDya. Dok situ sampai petang. Sempat jumpa Aina Emir, Mimi Afini, Mersik, Vidara, Balqish kat situ.
Sambutan terhadap novel kanak2 saya, alhamdulillah... Alia antara bestseller. Namun Kunci Dimensi kurang sambutan walaupun feedback yg sy terima agak baik dari mereka yang telah membacanya. Itulah, citarasa setiap individu berbeza. Apa-apapun, saya dah tahu sikit camner citarasa kanak2 ni. Untuk mereka yang telah mendapatkan novel2ku, terima kasih diucapkan. Sesiapa yang membeli awal (dalam 50 orang) saya hadiahkan bookmark buatan sendiri..hehe. Tengah hari break kejap, gi lunch ngan Kak DS. Sebelum tu hantar adik dan anak2 saudara ke stesen sebab yang sorang tu demam semakin teruk. Kesian dia, punya la excited masa kat kampung lagi nak membeli buku. Last2 dok lepak kat ruang legar... tak mampu nak berjalan dalam lautan manusia.
Hari kedua, Ahad, saya ditemani sorang lagi anak buah. Yang ni memang ulat buku. Dia datang cuma nak cari buku-buku cerita jer. Hari ni, masa untuk shopping jer. Banyak gak novel yang saya beli selain buku aktiviti. Adik pulak kirim beli Kamus Besta. Jumpa Kak DS kat booth FP. Dia bertugas kat situ sepanjang hari. Saya sempat singgah di Creative, NB Kara (beli Viva Sakura dan berjumpa dengan penulisnya), Sasbadi, Pelangi, Karangkraf. Kat Karangkraf jumpa dengan penulis Prima, Ebriza dan Siti Rosmizah. Sempat beli Jangan Ditangisi dan Cinta Kau dan Aku. Sempat lagi staf Prima tanya manuskrip aku... jawapan standard; dlm proses.. hehe.
Walaupun penat, saya rasa berbaloi dan puas kehadiran saya di situ. Selain dapat beli buku dgn harga yang murah, dapat berkenal-kenalan dengan penulis dan pembeli, saya juga dapat tingkatkan 'mood'. Terasa bersemangat pulak nak siapkan segala citer yang tertangguh..hehe.
Pagi Isnin, bertolak balik.... sekali lagi pesta buku meninggalkan kenangan yang indah.


Bersama Kak Dewi Sukma

Wednesday, April 15, 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009

Pesta Buku kembali lagi. InsyaAllah saya turun ke sana Sabtu dan Ahad (18 dan 19 April). Biasanya sehari sahaja saya akan mengunjungi PWTC. Tahun ni boleh lama sikit sebab hari Isnin cuti (Perak sahaja-sempena hari keputeraan Sultan Perak yg jatuh pada hari Ahad). So Jumaat lepas sekolah terus bertolak ke Bangi. Mujur ada 2 orang peneman. Isnin balik semula ke sini. Buat yang sudi, jomlah ke booth KarnaDya. InsyaAllah saya akan berada di situ. Kalau takder, bermakna saya merayap dari booth ke booth lah tu. Kalau saya kurang bercakap, bukan bermakna saya sombong k... saya ni pendiam & pemalu ;)
Jumpa di sanaaa...

Friday, April 10, 2009

Minat!

Masa perjumpaan penulis B.Prima hari tu, pihak penerbit menggalakkan penulis yang dah ada novel dengan Prima supaya menghantar manuskrip. Peluang lebih cerah untuk diterbitkan. Berkobar-kobarlah hati dan perasaanku masa tu. Ingat nak siapkan sebuah manuskrip dalam masa 3 bulan. Aku memang minat menulis novel cinta...

Baru je singgah kat blog rakan penulis. Buku terkininya sudah terbit...tentang kisah nabi (tahniah Kak Syima!). Covernya cute2 apatah lagi isi di dalamnya. Lahir gak minat nak menulis citer yang sesuai dibaca budak2 pra, 7 & 8 tahun. Budak-budak umur ni kan tengah dok belajar membaca. Pastu aku bertambah minat nak menulis bila ada rakan penulis bagitau ada penerbit menggalakkan penulis hantar citer budak2 pra. Lagi la bersemangat. Tambahan pula aku memang ngajo dak pra. So, tau ler minat mereka.

Tapi itulah, minat jer tak cukup kalau tak disertai dengan usaha keras. Sebab tulah karya aku belum keluar. Alatan lengkap, dorongan cukup, idea ada, minat ape lagi....tapi disiplin jer kurang. Tu tak menjadi2 lagi. Grrr.........

Monday, April 6, 2009

Tag Oleh Dewi Sukma

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapakah anda memilih nama blog itu?
Dunia Seniku
Saya pilih nama ni sebab...er...sesuai kot dgn isinya. Ada gambar, ada catatan, ada promo novel, ada lagu, ada macam-macam...kan semua ni cabang seni gak kan :)

*
2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakan seperti itu?
tanne hadihaz ~ nama pena terawal

*
3) Apakah method dalam penulisan blog anda?
Promosi novel, berita terkini penulis (kalau rajin, update la), gambar2 kenangan, info-info yang sesuai, lirik lagu...setakat ni yg tu je kot

*
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Kenapa?
Kadang-kadang! Sebab kekeringan idea. Dari tak update langsung, lebih baik hapuskan jer...tapi tak sampai hati lak...

*
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda?
Blog Dewi Sukma sentiasa update, ader jer citer terbaru atau info2 terkini.

*
6) Senaraikan calon yang akan di tag,
Calon2nya ialah....
~ Sape2 jer yg sudi...hehe

Wednesday, April 1, 2009

April

April memang dinanti. Kenapa? Kerana ada Pesta Buku. Nak buat pe? Nak pi beli buku la...hehe. Selain nak bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang penulisan. InsyaAllah saya akan turun pada minggu terawal, mungkin 18 dan 19 April saya akan berada di sana. Member sekolah pun dah plan nak turun gak. Nak ikut dorang tapi tak boleh sebab my family dengar nak join gak. Bukan join pesta buku, tapi nak melawat saudara mara kat sana. So, berkonvoi la lagi macam bulan Februari lepas.

Novel terbaru? Tak pasti la sempat ke tak keluar masa pesta buku nanti. Harap-harap sempat la. Kalau tak, tak per la. Lepas ni entah bila akan keluar lagi hasil karyaku sebab sekarang memang tiada manuskrip yang dah siap atau 90% siap. Sebabnya aku masih ketiadaan mood. Huh! Semangat menulis yang kian hilang. Entahlah...

Oh ya, semalam 31 March...genaplah usia blogku 3 tahun (2006-2009)

Inilah Izz Danea, nama pena yang saya guna untuk novel kanak2. Orangnya memang wujud..hehe. Umurnya 5 tahun.


Ni pulak Dannie Sofea atau nama sebenarnya Nur Wildani Sofea. Umur 6 tahun.

Sorry, aunty pinjam nama korang tak bagi tau pun : )

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...