Wednesday, April 22, 2009

Coretan PBAKL 2009

Ini kali ke 4 saya join pesta buku. Kiranya dah jadi acara wajib disertai every year. Tiap kali pergi tak pernah bersendirian. Kali pertama saya join tahun 2005 kalau tak silap. 2006 tak pergi, 2007,2008 dan 2009 tak ketinggalan. 2005 & 2007 tu aku jadi pembeli. 2008,2009 up sikit..hehe. Tapi inilah kali pertama saya mengunjungi pesta buku pada minggu awal. Biasanya saya hadir hari-hari terakhir. Kebetulan hari Isnin cuti, jadi saya tak lepaskan peluang. Jumlah pengunjung tetap sama. Bersesak-sesak! Ingatkan hujung2 bulan begini, sambutan kurang. Rupanya sama jer.
Saya bertolak ke Bangi petang Jumaat, lepas habis sekolah. Excited sangat nak ke KL, kereta terlanggar tiang masa tengah undur. Calar dan kemek :( Nasib baik boleh bergerak lagi. Gi jemput adik dan anak buah yang nak ikut sekali kat stesen bas Lenggong dulu. Pastu balik rumah sewa, ambil beg yg telah siap packing. Dalam jam 3 masuk tol KK, sampai Bangi jam 6.15.. Bermalam di rumah kakak.
Pagi Sabtu punya la bersemangat. Saya ditemani adik, dan 3 anak buah. Awal pagi dalam jam 8 dah keluar ke stesen komuter Bangi. Sejam kemudian sampai kat stesen Putra. Pesta buku pun belum buka lagi. Lepak depan The Mall. Sorang anak buah tu dah menunjukkan tanda2 tak sihat.
Tunggu Kak DS. Dah janji dengan dia nak jumpa situ. Sebentar kemudian Kak DS muncul, sorang jer. Kami pun bergerak masuk ke ruang legar PWTC. Pengunjung bertambah ramai. Semua sedang menunggu nak serbu booth kegemaran :) Saya join ngan Kak DS. Adik pulak ditugaskan jaga anak2 buah..hehe. Sempat beli sebatang pen kenang-kenangan. Bila dewan dibuka, terus serbu. Tinjau2 booth... jam 11 turun ke dewan bawah, cari booth KarnaDya. Dok situ sampai petang. Sempat jumpa Aina Emir, Mimi Afini, Mersik, Vidara, Balqish kat situ.
Sambutan terhadap novel kanak2 saya, alhamdulillah... Alia antara bestseller. Namun Kunci Dimensi kurang sambutan walaupun feedback yg sy terima agak baik dari mereka yang telah membacanya. Itulah, citarasa setiap individu berbeza. Apa-apapun, saya dah tahu sikit camner citarasa kanak2 ni. Untuk mereka yang telah mendapatkan novel2ku, terima kasih diucapkan. Sesiapa yang membeli awal (dalam 50 orang) saya hadiahkan bookmark buatan sendiri..hehe. Tengah hari break kejap, gi lunch ngan Kak DS. Sebelum tu hantar adik dan anak2 saudara ke stesen sebab yang sorang tu demam semakin teruk. Kesian dia, punya la excited masa kat kampung lagi nak membeli buku. Last2 dok lepak kat ruang legar... tak mampu nak berjalan dalam lautan manusia.
Hari kedua, Ahad, saya ditemani sorang lagi anak buah. Yang ni memang ulat buku. Dia datang cuma nak cari buku-buku cerita jer. Hari ni, masa untuk shopping jer. Banyak gak novel yang saya beli selain buku aktiviti. Adik pulak kirim beli Kamus Besta. Jumpa Kak DS kat booth FP. Dia bertugas kat situ sepanjang hari. Saya sempat singgah di Creative, NB Kara (beli Viva Sakura dan berjumpa dengan penulisnya), Sasbadi, Pelangi, Karangkraf. Kat Karangkraf jumpa dengan penulis Prima, Ebriza dan Siti Rosmizah. Sempat beli Jangan Ditangisi dan Cinta Kau dan Aku. Sempat lagi staf Prima tanya manuskrip aku... jawapan standard; dlm proses.. hehe.
Walaupun penat, saya rasa berbaloi dan puas kehadiran saya di situ. Selain dapat beli buku dgn harga yang murah, dapat berkenal-kenalan dengan penulis dan pembeli, saya juga dapat tingkatkan 'mood'. Terasa bersemangat pulak nak siapkan segala citer yang tertangguh..hehe.
Pagi Isnin, bertolak balik.... sekali lagi pesta buku meninggalkan kenangan yang indah.


Bersama Kak Dewi Sukma

3 comments:

Misa-chan said...

salam kak..
kita xdpt jumpe lg kali nie..sy pon xdpt g pesta bku kali..
mcmner smbutann.? mcm sronok jer..ruginyer sy xdpt g..

Catatan ZZ said...

memang seronok sgt! best! ramai pengunjung... hari ni sempat lg!

dS said...

Seronok sangat, apatah lagi dapat jumpa... peluk2, cium2 pipi, borak2, ngeteh2 sesama kita... setahun sekali aje pulak tu, alahai! ~_~

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...