Skip to main content

April

April memang dinanti. Kenapa? Kerana ada Pesta Buku. Nak buat pe? Nak pi beli buku la...hehe. Selain nak bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan dalam bidang penulisan. InsyaAllah saya akan turun pada minggu terawal, mungkin 18 dan 19 April saya akan berada di sana. Member sekolah pun dah plan nak turun gak. Nak ikut dorang tapi tak boleh sebab my family dengar nak join gak. Bukan join pesta buku, tapi nak melawat saudara mara kat sana. So, berkonvoi la lagi macam bulan Februari lepas.

Novel terbaru? Tak pasti la sempat ke tak keluar masa pesta buku nanti. Harap-harap sempat la. Kalau tak, tak per la. Lepas ni entah bila akan keluar lagi hasil karyaku sebab sekarang memang tiada manuskrip yang dah siap atau 90% siap. Sebabnya aku masih ketiadaan mood. Huh! Semangat menulis yang kian hilang. Entahlah...

Oh ya, semalam 31 March...genaplah usia blogku 3 tahun (2006-2009)

Inilah Izz Danea, nama pena yang saya guna untuk novel kanak2. Orangnya memang wujud..hehe. Umurnya 5 tahun.


Ni pulak Dannie Sofea atau nama sebenarnya Nur Wildani Sofea. Umur 6 tahun.

Sorry, aunty pinjam nama korang tak bagi tau pun : )

Comments

Anonymous said…
perlu menyemak:)

Popular posts from this blog

Pengembalian Lebihan Caruman KWSP

Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan boleh buat dalam tempoh 2 tahun. Nasib baik penyata KWSP rumah. Baru aku perasan ada lebihan caruman 2 bulan tahun lepas. Dah genap setahun pun. Kalau lebih dari 2 tahun, aku pun tak pasti apa yang akan jadi dgn duit yang tersimpan tu. 
Sebenarnya tahun lepas aku dah keluarkan duit KWSP dua kali. Kali pertama atas nama permohonan pengeluaran untuk beli rumah. So, dapat keluarkan separuh. Dua bulan kemudian, aku keluarkan lagi lepas dapat surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB). Belum kerani setel pemberhentian potongan KWSP dalam slip gaji, aku dah keluarkan. Terdesak masa tu sebab baru masuk rumah. Banyak duit nak pakai. Pasang gril, awning, lawyer, perabot dan macam2 urusan lagilah untuk masuk rumah baru ni. Yang beli rumah tu tahulah kos nak masuk rumah. 
Dipendekkan cerita, selepas dapat surat PTB & selepas keluarkan duit, dalam slip gaji pe…

Cara Buka Akaun Perniagaan Maybank

Awal tahun ni me n hubby sibuk urus buka akaun perniagaan iaitu akaun semasa di Maybank.Sebelum tu try nak buka akaun CIMB tp banyak prosedur wpun deposit awal 1k je. Dgn maybank kena 2k.Mula2 mintak borang dulu kat kaunter cakap nak buka ak perniagaan. Dorang bg sekeping kad. Dalam tu perlu isi nama perniagaan, pemilik, no pendaftaran ssm dan rujukan. Rujukan atau introducer ni kena cari syarikat yg dah ada akaun semasa dgn maybank. Mujur ada kawan yg dah ada akaun semasa. Lepas isi semua hantar balik ke maybank. Bawak sekali salinan sijil pendaftaran ssm, cop syarikat, salinan ic pemilik. Duit 2k tak payah lg sbb maybank nak buat carian dulu..tgk sama ada bisnes kita ni wujud dan ok ke tak. Tempoh masa diambil dlm seminggu and than dorang call utk urusan pembukaan. Masa tu standby duit 2k. Cop syarikat kena bawak selalu. Dah selesai baru kita boleh mohon maybank2u. Tu pun lepas dorang update. Me and hubby dtg keesokan hari utk mohon maybank2u. Kali pertama dtg lupa bawak cop so kena…

Percutian di Kuala Gula Sanctuary Resort

Kali ini my family berkumpul di Kuala Gula Santuary Resort yang terletak di Kuala Gula, Kerian. Perancangan dah dibuat dlm 6 bulan sebelumnya. Booking dilakukan 2 bulan sebelum. Percutian bermula pada 11 Nov hingga 13 Nov 2012. Just 3 hari 2 malam. Cukup la tu kan... Semua ahli keluarga berkumpul di sana. 6 buah resort telah disewa. Resortnya sangat cantik, separuh di darat dan separuh di air/kuala/muara sungai. Boleh park kereta depan resort. Resortnya bersambung. Resort 101 sambung dgn resort 102.
Sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Gula, sebahagian family datang berkumpul di rumah aku dulu. Hari Sabtu kami berkumpul. Petang tu sempat jalan-jalan ke Galeri Arkeologi Lenggong. Lain kali aku story pengalaman kat galeri Lenggong ni. Ahad pagi tu, kami pun bergerak walaupun check in kul 2.00pm. Pagi kami dah gerak sebab nak tau jalan. Lepas tu boleh round2 kawasan sekitar. 
Perjalanan dalam 1 jam setengah jer dari KK ke Kuala Gula. Tak susah nak cari tempat ni. Dalam jam 11.00am dah …