Guru Pembina Negara Bangsa...
Istimewa buat;
Cg. Md. Noor (Guru Tahun 1, SKKH 1984)
Cg. Nazlah (Guru Tahun 2 & 3, SKKH 1985, 1986)
Cg. Syarif (Guru Tahun 4 & 5, SKKH 1987, 1988)
Cg. Iva Dewi (Guru Tahun 6, 1989)
Cg. Fazliaton (Guru Tingkatan 1 & 2, SMTS, 1990, 1991)
Cg. Yusriyah (Guru Tingkatan 3, SMTS, 1992)
Cg. Lim (Guru Tingkatan 4, SMTS, 1993)
Cg. Ms. Mable (Guru Tingkatan 5, SMTS, 1994)
Tak lupa buat Cg Zakiah (Long), Cg. Zanida (Nyah), Cg. Zarina (Lang), Cg. Zurie (Teh) & Cg. Anisah (Cek)
Dan semua guru-guru yang pernah mendidikku,
Juga warga SMKPH, SKKH, SKKL, SKK, SKT & SKUR..
Dan buat semua mereka yang bergelar pendidik...
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Guru Oh Guru by Dato' Usman Awang
Dialah pemberi paling setia,
Setiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segalanya,
Untuk manusia jadi dewasa
Dialah ibu bapa dan sahabat,
Dialah ibu bapa dan sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat
Pemimpin yang ditauliah segala umat,
Seribu tahun katanya berhikmat
Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini ulama mulia
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa,
Dengan lembut sabar
Mengajar tulis baca
Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua di sekolah Hulu Terengganu,
Dia wakili guru seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya pada negara
Jadilah apa pun pada akhirnya,
Budi yang diapung di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” terpahat,
Menjadi kenangan di akhir hayat.
2 comments:
selamat ari guru...
u2..happy teacher's day
Post a Comment