Monday, August 2, 2010

OGOS DATANG LAGI

Salam buat semua...

Ogos? Berpinar-pinar aku dibuatnya. Rasa macam tak percaya dah masuk bulan Ogos rupanya. Terasa baru sehari dua lepas aku menyenaraikan azam untuk tahun 2010. Ketika itu terasa lambatnya nak masuk pertengahan tahun... kerana pertengahan tahun 2010 cadangnya sebuah manuskrip dah siap. Rupa-rupanya ermmm... azam tinggal azam. Tak dan siap satu manuskrip, aku dah garap cerita lain. Kekeringan idea punya pasal. Sudahnya, kesemua manuskrip aku tergantung.
Cerita kanak-kanak pun aku belum mula garap lagi. Sedangkan novel kanak-kanak ke 3 aku dah nak terbit dah. Hmmm... kemalasan masih menguasai aku di tahun 2010 ni. Semangat kadang-kadang naik, kadang-kadang menurun.

Ogos... hari ni aku bertugas buat kali ke tiga tahun ni. Aku bertugas selama seminggu. Sebagai guru bertugas, aku kena lengkapkan buku harian bertugas. Kena catat kehadiran murid, guru dan staf. Juga kena periksa kebersihan kelas dan semua bilik serta kawasan sekolah. Kemudian rekodkan dalam buku. Menu RMT pun kena ambil tahu. Kemudian kena catat pula waktu murid-murid balik sekolah dr tahun 1 hingga 6 di papan kenyataan di luar sekolah. Ibu bapa nak datang tengok supaya mereka senang datang tepat pada waktu anak mereka balik sekolah. Kepenatan la juga bila jadi guru bertugas ni. Tapi redho jer la.




p/s : senyum :) tak boleh mengeluh...

1 comment:

crystal_azure said...

nice background

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...