Hari ni genaplah usia blog JOURNAL OF MY LIFE enam tahun. Happy birthday my blog :) Jom imbas memori blog... Aku mula buka blog ni pada 31 Mac 2006. Sebelum tu aku pernah buka blog tapi ada masalah so aku tutup dan bukak yang ni dengan nama asal DUNIA SENIKU. Tahun 2006 tu tak ramai lagi bloggers. Aku pun masa tu tak tau sangat pasal blog ni. Nak daftar pun tak reti. Mujurlah Majalah PC keluaran bulan berapa aku tak pasti ajar step by step cara untuk buka blog. Aku memang melanggan majalah PC waktu tu.
Pada mulanya aku buka blog untuk promosi novel pertamaku MAWAR CINTA (Tanne Hadihaz) yang diterbitkan pada tahun 2005. Kemudian aku ada buka blog lain untuk letak pic saja... ada jugak blog untuk letak semua hasil karyaku yang belum diterbitkan... Gila bloglah katakan. Ramai jugak kenalan sejak wujudnya blog.
Macam-macamlah aku buat dengan blog aku ni. Hias sana sini. Letak lagu buang lagu. Letak jam buang jam. Background pun asik bertukar jer begitu juga dengan jenis font.
Setakat ni, statistik menunjukkan catatan yang paling banyak dipapar pengunjung ialah 25 Cerpen Best Remaja sebanyak 353 paparan halaman. Sumber trafik pula daripada geng kicap review . Pengunjung paling ramai datangnya dari Malaysia diikuti Amerika Syarikat dan Indonesia. Selain tu ada jugak pengunjung dari Korea Selatan, Jerman, Belanda, Rusia, Singapura, Jepun dan Brunei. Tahun 2008, aku paling aktif berblog. Sebanyak 93 catatan yang aku masukkan, diikut tahun 2009 (64) dan 2007 (60). Tahun paling malas update blog ialah tahun 2011. Aku harap tahun ni aku dapat pecah rekod paling banyak update n3.
Inilah catatan pertamaku :
Terdapat 1 ulasan untuk catatan ni :
- Anonymous said...
- u ada bakat, i cadangkan u abik kursus penulisan secara formal. USM or ASM (seni kreatif. i dah baca 2 novel u, u boleh menggapai bintang....
- --sehingga sekarang aku tak dapat kesan siapa pengirim ulasan tersebut--dan sehingga sekarang aku belum pernah ambik kursus penulisan secara formal..hukhuk..
- Ini pulak gambar pertama yang aku upload ke blog ni.
- Gambar ni aku snap dari jendela rumah kat kampung sekitar jam 7.00 pagi melalui camera digital pertamaku Grand Vision. Ada ulasan daripada seorang penulis bernama Nor Rafishah Md Hassan yang menjadi rakan penulis pertama yang menghulurkan salam perkenalan.
- 1002 Juta tentang blog.. sesiapa yang belum ada blog tu, jom sama2 kita berblog.