Friday, April 13, 2012

Kunci Rumah dan Gempa Bumi

Hari Isnin lepas, ketika sedang mengajar, aku terima panggilan dari pej lawyer rumah, mintak aku datang ambik kunci. Terkejut beruk aku sebab ingatkan paling awal bulan Mei baru kunci akan diserahkan kepada pemilik. Rupanya awal bulan April aku dah terima kunci. Gembira ada... sedih pun ada. Huhu. Gembira sebab di usia aku ni, akhirnya dapat jugak miliki rumah sendiri. Sedih pulak sebab aku tak dapat nak urus perkara-perkara asas sebelum masuk rumah baru.... duit KWSP tak dapat lagi..huhuhu. Kalau tidak, aku dah boleh start proses pendaftaran bekalan elektrik dan lain-lain. Daftar bekalan air dah setel dah. 

Sekejap jer proses nak beli rumah rupanya. Aku mula proses awal Januari 2012. Rumah yang aku nak beli tu memang dah siap 90%. Mula-mula aku ke pejabat peguam dulu untuk proses booking dan perjanjian sewa beli. Bulan Februari aku dah terima keputusan permohonan pinjaman loan kerajaan - Lulus. Rumah pertama, senang loan nak lulus. 

Sekarang ni aku tengah tunggu surat Pemberian Taraf Berpencen (PTB) yang mula diuruskan keranai Dec 2011. Surat dari kerani sekolah dihantar ke PPD. Bulan Mac baru PPD hantar surat permohonan ke kementerian. Lama siot PPD ni peram. Huh! Geram aku. Entah bila aku akan dapat surat PTB supaya aku boleh urus pengeluaran akaun KWSP. Setelah difikir2, akhirnya aku ambik keputusan untuk keluarkan duit KWSP atas urusan pembelian rumah. Terpaksalah. Biarlah walaupun dapat sikit je, janji lepas utk proses nak masuk rumah. 

Aku nak kena pasang grill, tambah awning sikit kat belakang rumah, nak beli lampu, kipas... tu je dulu. Lain2 akan aku urus kemudian. Harapnya Jun ni dah boleh pindah rumah baru. Amin...

 Rabu lepas, 11 April, pertama kalinya aku dapat merasai gegaran akibat gempa bumi yang berpusat di Acheh. Masa tu aku tengah duduk di sofa, melayan telenovela Emperatriz. Suami pulak di luar rumah, bersih kawasan. Tiba-tiba aku rasa macam melayang-layang. Rasa macam sofa bergerak-gerak. Mula aku ingat pening. Tapi bila rasa gegaran tu lama, aku pun cepat-cepat bangun lalu lari keluar. Aku bagi tau suami yang rumah bergegar. Aku tanya suami, dia rasa tak. Suami cakap dia tak rasa apa-apa. Dia cakap mungking angin dari luar jadi dia mintak aku tutup sliding door. Aku tutup sliding door dan kembali ke sofa. Dan aku masih rasa gegaran tu. Cawan yang aku gantung bergerincing-belanggar perlahan antara satu sama lain. Suami masuk dan aku bagitahu pasal cawan. Suami pun pelik sebab tak ada angin tak ada ribut, cawan boleh bergerak sendiri. 

Bila gegaran dah hilang, aku terus online. Adik aku tweet yang dia rasa gegaran. Jadi, bukan aku sorang saja yang rasa. Aku terus ke fb. Ramailah status pasal gegaran. Sekejap tu jugak dapat kesan berlaku gempa bumi di Acheh. Masya Allah, walaupun jauh beribu km, tapi gegaran tu dapat dirasa hingga ke semenanjung. Mujurlah tidak berlaku tsunami seperti tahun 2004. 
 
Gegaran tersebut adalah peringatan Allah buat hambanya yang sering alpa dengan nikmat dunia. 


No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...