Monday, April 2, 2012

Gaji Oh Gaji

Gaji naik! Yahoo... belum pun start gaji baru kakitangan awam dah bersorak-sorak (termasuk aku). Ada juga yang dah plan nak beli itu ini, nak buat tu nak buat ni. Baguslah kalau ada perancangan. Aku pun dah ada perancangan...

Teringat aku masa dulu2, ketika masih menuntut di UPM. Masa tu awal semester dapat la duit pinjaman MARA. Ciput je. Tapi bleh bajet bayar sewa rumah, makan dan untuk perbelanjaan kuliah. Bila tgk org lain yang makan gaji (tapi asyik tak cukup), aku rasa kalau aku di tempat dorang, pasti aku mampu buat simpanan. Maklumlah pinjaman aku satu semester sama banyak dgn sebulan gaji org yg bekerja. Aku dapat bajet duit tu untuk 1 semester (dlm 5 bln). Tu masa belum bekerja.

Rupa-rupanya bila dah bekerja lain pulak jadinya. Setiap hujung bulan, bila gaji masuk, ada je benda yang aku nak beli. Kira gaji memang cukup2 jer. Duit datang dan pergi..itulah moto yang aku selalu pegang. Mak aku pulak selalu pintas -- duit takkan datang kalau tak dicari...hehehe...

Teringat aku kata seorang ustaz kat TV Al Hijrah, duit gaji kalau cukup tu berkat.... tapi kalau lebih banyak tu,sebenarnya duit tu bahagian untuk disedekahkan... bayar zakat dsb.

So, aku ni kategori yang cukup tu la... Nak kata lebih pun tak, tak cukup pun tak... hehe...cukup2 jer...

sumber : pakcik google


No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...