Wednesday, January 1, 2014

5 Hari 4 Malam Family Trip Padang - Bukit Tinggi (Part 1)

Aku nak story sikit pasal percutian family yg aku uruskan. Tarikh kami melancong ialah pada 15hb - 19hb Dec. 2013. Ahad hingga Isnin. Ahli rombongan seramai 14 dewasa 2 kanak2 sekolah rendah, 1 kanak2 2 tahun dan 2 baby. Semuanya 19 orang. Tiga bulan sebelum kami dah book tiket. Tanpa makanan, bagasi dan insuran seorang RM268 pergi balik penerbangan Air Asia. Kami memilih pakej pelancongan drpd Wenk Vacation. Kos seorang RM645 (penginapan, pengangkutan, makan 3x sehari, tiket masuk). Okey la kan. Tak mahal sangat. So lbh kurang RM1k la 1 kepala sekali harga tiket. Aku berurusan dengan syarikat travel & tours ni via email & whatsapp je.

Pada hari Jumaat kami sekeluarga bertolak ke Seremban (rumah kakak). Kami konvoi 3 kereta. Lepas solat Jumaat dari Kuala Kangsar dan tiba di Seremban jam 9 mlm. Lewat dr biasa coz jam kat highway KL-Seremban. 

Hari Sabtu aktiviti menukar Ringgit Ke Rupiah. RM275 = 1 juta rupiah masa tu. Aku tukar dalam 5 juta. Kemudian kami ke Giant. Beli barang keperluan utk percutian.

Hari yang ditunggu2 telah tiba...

Jam 9.30 kami ambil taxi 4 buah dr Taman Tuanku Jaafar ke LCCT. RM70 caj sebuah taxi. Sampai di LCCT kami pun check in. Leceh jugak proses nak ke ruang berlepas. Kelam kabut juga jadinya. Maklum la 1 st time nak ke obesea. Dgn karenak baby lagi. Hmm....

Mujurlah penerbangan on time. Tak lewat. Kami ni kalau terbang mesti nak order makanan. Tapi kali ni penerbangan rupanya sejam je. Sibuk isi kad yg diberi pramugari (jika bukan warga Indon) sampai tak sempat nak makan. Sampai di airport Minangkabau, Padang sekali lagi proses melepasi imegresen amat memenatkan. Tambah pulak org ramai. Kami org yg last sekali. Kami tiba jam 2 waktu Indonesia (Malaysia jam 3 ptg).

Tourist Guide Mr Ucop sudah menunggu bersama kertas A4 tertera nama my hubby. Ish ish ingatkan letak nama group family. Ni mesti agen Wenk Vacation tak alert. Mr Ucop bawa kami ke bas kecil beraircond. Dia memperkenalkan kami kepada pemandu dan sorang pembantu. Dah lupa nama. Huhu... OTW ke restoran, Ucop memberitahu kami sejarah Padang. Dia juga memaklumkan Padang adalah paru2 dunia krn terdpt 8 hutan simpan di sana. 

Kami dibawa ke Rumah Makan Lamun Ombak. Tengok tempat makan, segala penat lelah terus hilang. Hidangan macam VIP. Makanan memang sodap! Lauknya sikit2 tapi beraneka jenis. Masakan berkuah agak kurang. Sambal hijau tip top! Lepas makan kami solat. Ruang soalat besar dan selesa.
 
Perjalanan diteruskan. Kata Ucop, bas sedang melalui highway. Highwaynya mcm jalan kampung di Malaysia. Perjalanan ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih drpd 3 jam kerana ada tanah longsor (tanah runtuh). Kami tiba di Padang Panjang ketika hari sudah malam. Bas singgah di tempat melontar (shopping) yang pertama iaitu .... alamak lupa. Di sini ada ahli rombongan yg dah shopping lbh dr 1 juta. Aku beli selai jubah dan 2 t shirt. Mak ai t shirt sana wpun saiz XL masih kecik lagi. Bdn org Indon kan kecik2. Adik aku borong baju sulam utk buat raya. Kat sini baju sulamnya agak mahal. 

Kemudian kami berhenti lagi di tempat melontar. Di kedai yg aku lupa jugak namanya ni aku borong 4 helai telekung dan 2 kemeja suami. Telekung kat sini boleh dapat 5 lai RM100 kat pasar atas. Huhu..dah terbeli. Nak buat macam mana. Rezeki dia. Sebelum ni aku dah blogwalking dan semua cakap kain sulam dan telekung kat Pasar Atas paling murah. 

Lepas melontar di dua kedai kami singgah makan di sebuah restoran. Hidangan Minang lagi. Perut kenyang. Kat sini kebanyakan tandas semua bersih.

Jam 10 lebih baru kami check in di Hotel Grand Malindo 2*. Nak hotel 3* kena tambah duit la. Bilik aku tingkat 3. Lif tak ada. Penat jugak angkut beg dan baby yg beratnya 10kg dah. 

Malam tu tidur nyenyak. Hari kedua bersambung kemudian ye. Aku lapo. Nak isi perut. Tada...

P/s : Gambar2 ada masa nanti aku upload.


No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...