Menangis, menjerit, melalak adalah lumrah hari pertama melangkah kaki ke kelas prasekolah. Tahun ni jumlah muridku yg mendaftar seramai 13 org. 6 umur 6 tahun selebihnya 5 tahun. 10 lelaki dan 3 je perempuan. Huru hara la sikit kelas aku tahun ni sebab hero2 belaka. Hari pertama 4 org menangis. Hari kedua 3 org. Next week tak tahu la macam mana. Harap dah tak ada murid yg menangis. Kalau okey baru aku boleh start mengajar yema DIRI SAYA.
Kelas tahun ni aku mula awal sikit iaitu jam 7.40am. Sebelum ni mula jan 8am. Habis kelas 11.40am. 20 minit aku buat Kelas Membaca. Harap2 3 bulan murid aku kurang2 boleh dah menguasai KVKV.
No comments:
Post a Comment