Hari ke2 penuh keterujaan. Mana taknya 1st time tidur kat oversea la katakan. Bukit Tinggi ni cuacanya agak dingin. Tapi tetap kena pasang aircond. Hehe... Bilik hotel, hmmm boleh tahanlah. Sesuai 2 bintang tarafnya. Seksanya tak ada lif. Huhu... Azan Subuh berkumandang dua kali. Setelah bersiap, kami turun sarapan. Sarapannya boleh tahan. Sesuailah dgn bayaran :) Pelayan hotel baik2. Ada yang nak iron. Kena caj 3000 rupiah untuk sehelai tudung. Blouse 5000 lebih kurang. Dia orang tolong iron.
Ucop dah menunggu sebelum jam 8.00 waktu Indonesia. Tempat pertama yang dilawati sudah tentu tempat melontar. Kami ke Butik Annisa kalau tak silap. Kat sini aku beli sehelai blouse yg lebih kurang RM40 dan dua helai kain pasang batik berharga 2000 rupiah sepasang. Batik tu lembut dan tak jumpa lagi kat Malaysia.
Perjalanan diteruskan ke Batu Sangkar di mana terletaknya Istana Pagar Ruyung atau Rumah Basa Gadang. Perjalanan ke sini dalam sejam dari Bukit Tinggi. Bas mendaki bukit. Dalam perjalanan kami ditunjukkan surau pertama yang dibina dari kayu. Sepanjang jalan terlihat banyak masjid. Kebanyakan masjid dikelilingi air. Aku lupa nak tanya sebabnya. Huhu...
Rami jugak yang tertidur sebelum sampai. Ucop sempat bercerita sejarah Istana Pagar Ruyung. Katanya Kerajaan Malaysia banyak bagi bantuan dalam membaiki istana tersebut. Istana tersebut hanya dijadikan tempat perbincangan ketua puak/suku. Istana dijaga oleh orang perempuan yang disebut (alamak lupa..sorry). Sempat jugak kami tengok ruma perempuan pertama yang diamanahkan untuk jaga istana tu. Rumah dia kat tepi jalan pun cantik.
Istana ni cantik sangat dengan halaman yang sangat luas. Angin betiup kencang. Kami bergambar dulu. Kat sini ramai photographer bebas. Gambar yang diambil diprint dan laminasi sebesar kertas A4 dan dijual lebih kurangRM10. Masuk ke dalam hati terus terpesona dengan hiasan dalamannya yang unik. Aku sempat memanjat tangga hingga tingkat teratas. Kat sini jugak ada disediakan perkhidmatan sewa pakaian Minang. RM12 sepasang. My sis ang nieces sempat bergaya dgn pakaian Puteri Minang.
Perjalanan diteruskan ke Rumah Makan kat tengah sawah padi dengan menu ikan bakar. Kat restoran ni kami makan duduk. Selesa. Sedap. Kemudian kami singgah di tempat pembuatan kopi dan pisang salai. Otw balik ke Bukit Tinggi semua dah terlelap kepenatan. Kami dibawa ke Jam Gadang. Lepak di sana 2 jam lebih untuk shopping di Pasar Atas yang popular tu. Kat sini kain sulam murah sangat. Dekat dataran jam gadang lepas jam 5 ramai la peniaga jalanan.
Habis shopping bas datang jemput dan hantar kami ke restoran untuk dinner dulu.Lepas tu hantar kami balik hotel. Pengsan kepenatan!
No comments:
Post a Comment