Sunday, April 26, 2015

ADA JUGAK KEBAIKAN TABLET

Nak kongsi cerita... my story..

Kita sebagai ibu bapa tak seharusnya membiarkan anak2 untuk sentiasa bersama tablet. Aku setuju. Tapi kadang-kadang bila kita nak buat kerja (memasak, atau mencuci dll) kita terpaksa biarkan anak dengan tablet supaya kerja yg kita lakukan berjalan lancar dan cepat siap. Siapa setuju angkat tangan? Hihi...

My son Umar Ziyad pun tak terlepas. Walau baru berumur 2 tahun 1 bulan, dia cukup gemar dengan tablet. Dia suka dengan permainan Tom dan seangkatan dengannya. Merekalah kawan-kawan alam mayanya. Dia juga suka buka Youtube dan pandai pilih kartun dan lagu kanak2 yang digemarinya. Aku juga install beberapa aplikasi pendidikan untuknya seperti Flash Card, Rhymes dll.

Aku sendiri tak perasan bila dia mula kenal nombor 0 hingga 9. Tiba-tiba jer dia sebut five bila lihat nombor 5. Aku pun test nombor lain. Alhamdulillah dia kenal semuanya. Cuma nak sebut jer masih terbelit lidah ( my son lambat bercakap)

Sekian, terima kasih...

Hasil carian imej untuk tablet samsung

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...