Tuesday, April 28, 2015

SKRIN TABLET SAMSUNG 7.0 RETAK

Al kisahnya, setelah 3 tahun, akhirnya retaklah my tab 2 yg aku beli sekitar 2012 setelah beberapa kali dihempas anak kesayanganku.

Walaupun masih boleh guna, tapi rasa tak puas tengok skrin yang retak tu. Aku godek la kat internet nak tengok kos tukar cermin. Nampak ada semurah RM120 tapi tak tahu tablet jenis apa.

So, minggu lepas aku bawak la tablet ke Greentown Mall, Ipoh. Aku tahu tempat tu jer. Lagipun kat situ jugak aku beli tablet dan handphone. Aku ke kedai tempat yg sama aku tukar skrin hp. Skrin hp tukar tahun lepas kena RM160 (Samsung Galaxy Grand). Bila tengok Tab..katanya Tab 2. jenis lama. susah nak dpt spare part. Mujur kat dia ada lg. Kos RM190. Aku tak fikir panjang terus agree.

Tak sampai setengah jam dah siap. Pastu jalan2 nak cari cover pulak. Pun banyak kedai yang dah tak jual cover utk Tab 2. Mujurla last2 jumpa gak sebuah kedai. Harga? RM40...mak ai mahalnya. Hmm terpaksalah beli supaya skrin tak retak lagi dan lebih selamat.

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...