Tuesday, April 28, 2015

Bercuti di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Dah lama merancang akhirnya menjejakkan kaki jugak kami ke sini. Terujanya aku tak usah nak cakap la sebab selain 1st time sampai S'pore, ini jugak 1st time aku sampai Johor. Kami ambik pakej 1 hari di S'pore dan 2 malam di JB. Kami bermalam di homestay Adam yang dekat dengan Danga Bay. Rumah 2 tingkat dengan 3 bilik dan 3 bilik air. Selesa sangat cuma ada malasah air je. Bilik beraircond semua. Semalam RM300.

Kami ke S'pore 15 Dec 2014. Hari Isnin. Sengaja pilih hari Isnin dgn harapan pengunjung tak ramai. Pakej pengangkutan dari Danga Bay ke USS pergi balik plus tiket RM210 dewasa dan RM170 kanak2. Kami ambik bawah cuti.my.

Pukul 7.00 pagi kami dah bertolak. Saampai USS dalam jam 9.00 pagi. Lambat sebab urusan cop pasport kat dua2 imegresen. Mula-mula masuk...wow.... macam kat Hollywood. Haha... reka bentuk bangunan memang ikut Amerika dan British. So boleh la feeling2 dok kat negara omputih. Kami ambik pamplet dulu dan cari money changer sebab tak sempat nak tukar ringgit ke dollar. Mak ai... RM285 bersamaa 100 dollar s'pore. Mahu tak mau aku tukar jugak la RM300. Dapat 110 dolar. Buat beli makanan dan souvenir yg kecik.

Pertama sekali kami tuju ke Transformer. Yg sedihnya budak kecik tak boleh masuk. Terpaksa la aku berkorban bg en suami masuk. Aku jaga Umar. Lamanya jugak tunggu dorang siap. Rupanya kalau nak ikut gang, kena tunggu turn yg makan masa. Tapi kalau pilih single rider (tak ikut gang) cepat jer siap.

Lepas tu kami ke The Mummy. Turn aku pulak nak ride. Roller coaster rupanya. Kecut perut jugak dibuatnya. Aku terbayang-bayang, kalau ada org jatuh ada tak yg perasan. Sebab dalam tu memang gelap gelita.

Keluar dari The Mummy, kaki dah rasa lenguh. Kami berjalan ke Istana Far Far Away. Ada restoran halal di situ. Aku makan nasi beriani ke apa ntah. Dah lupa. Harganya...hmmm jangan cakaplah. Berbelas dollar. Kalau tukar ke ringgit, mau pengsan. Masa ni anak dah meragam. Ahli rombongan yang lain masuk nak tengok filem 4D Shrek. Aku tak masuk sbb nak layan si kecik yang tak mahu duduk diam. Dah la tu, dengan cuaca yang panas... sembelit pulak, Mencabar betul. Kesian dia...

Aku bagi dia mandi kat singki jer. Bagi segar sikit badan dia. Lepas tu bawak masuk panggung tengok Shrek, cerita kegemarannya. Sebaik masuk jer, dia dah lena. Panggung sejuk. Dia tak sedar apa dah. Masa Donkey bersin, kita dapat rasa percikan air. Pastu masa labah2 merayap, kita boleh rasa dekat kaki. Memang best.

Keluar dari situ kami ke Madagascar. Sempat tgk watak2 kartun buat show - I Like To Move... ye ke... lupa dah nama apa lagu tu. Masa ni kami dah terpisah dgn ahli rombongan. Kemudian kami patah balik ke The Mummy sebab tgk kat peta, surau berhampiran The Mummy. Suraunya... mak ai kecik beno.

Masa ni dah bersesak-sesak. Kalau nak ride, kena tunggu kurang2 setengah jam. Tak sanggup aku. Sudahnya kami jalan2 je..bergambar...sampai la ke pintu keluar. Masa tu snow... feeling kat obersea plak.







No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...