Terkenang 15 tahun lalu. Yakni tahun 2001. Kali pertama melangkah ke sekolah sebagai seorang guru. Guru sandaran tidak terlatih di SMK Pengkalan Hulu. Tiada pengalaman. Zero. Baru grad tahun 2000 dr UPM. Kemudian isi borang, di panggil interview dan akhirnya berjaya menjawat jawatan guru sandaran tidak terlatih atau GSTT. Gaji 1.4k 😱😱😱 Dah banyak sangat. Umur baru 24. Masih mentah. Naif.
Dengan motor honda ABT aku meredah keheningan pagi. Melawan kesejukan. Terus
Menuju ke bilik pengetua. Tapi big boss tak ada, diambil alih oleh PK HEM. Aku diberi penerangan bersama GSTT yg lain. Dapat subjek BM dan Sejarah menengah rendah.
Seronok? Mengajar yes. Terutama kelas pertengahan. Murid sederhana, hormat guru. Tapi tak dapat elak rasa malu hendak berkomunikasi dgn rakan sekerja lain. Rasa rendah diri. Mereka guru tetap. Aku hanyalah guru sandaran. Paling seksa bila kena bertugas dan cakap di hadapan perrhimpunan. I can't do it!
Bertahan jugak setahun menanggung 'seksa'. Tahun berikutnya aku tak mohon lagi. Khabarnya gaji dinaikkan ke 1.7k. Aku x manpu berhadapan dgn rakan sekerja yang segelintir adalah bekas guruku. Dan aku juga tak sesuai mengajar budak menengah terutama kelas hujung yg tak hormat cikgu. Nak marah2 tak reti.
Selepas 2001, aku menjadi guru ganti. Guru bersalin dan guru yg kursus panjang, akulah yg ambil trmpat. Pernah bertugas di SK Kuak Hulu, SK Kuak Luar, SK Tasek dan SK Kroh. Kemudian kembali ke SMK Pengkalan Hulu pada 2005.
Banyak kali mohon KPLI tapi x dpt. Tak ada rezeki. 2 kali interview. Sains dan Pend Khas. Akhirnya, 2007 baru aku dapat panggilan utk mengikuti KPLI (LPBS). Hanya panggilan telefon dr BAhagian Pendidikan Guru. Mintak bawak itu ini dan daftar di Institut Perguruan Ipoh pada 12 Mac 2007. Bersama kakak, mak su, arwah abg ipar, bergeraklah kami ke Ipoh seawal pagi. Hati penuh debar sbb tiada surat hitam putih.
Alhamdulillah. Pada hari yg sama, aku dpt surat tawaran utk berkhidmat di SK Ulu Ribu, Enggor, Perak. 1st time dgr. Tak pernah sampai daerah tu wpun aku org Perak. Dan seminggu lepas tu, aku pun ke sekolah tu utk daftar sbg guru KPLi LPBS. Time sekolah, aku kerja. Time cuti sekolah, aku ke maktab utk study.
Setahun setengah kemudian, barulah aku jadi guru TETAP.
Inilah secebis kisah aku sebagai guru...
Selamat Hari Guru!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment