Friday, December 14, 2007

COVER ALIA

Inilah novel keempat saya (novel pertama kanak-kanak/awal remaja). Mengisahkan tentang perjalanan hidup Alia, budak Tahun 5. Tidak lama lagi novel ni akan berada di pasaran.

Inilah sinopsisnya...

Persahabatan yang baru terjalin di antara Rifqi dan Alia telah mengundang rasa bimbang dalam hati Dalila dan rakan-rakan. Rifqi, murid baru itu harus diselamatkan sebelum terlambat. Jika dibiarkan pasti Rifqi akan menerima padah kerana berkawan dengan Alia, murid yang disisihkan itu. Lalu, rancangan pun diatur oleh Dalila dan rakan-rakan. Rifqi harus diberitahu tentang rahsia Alia. Kanak-kanak itu sebenarnya bukan manusia biasa…

Kehadiran Rifqi menceriakan hari-hari Alia yang selama ini kelam. Saat melangkah ke sekolah, semangatnya berkobar-kobar kerana dia sudah punya kawan yang baik. Erti sebuah persahabatan mula diselami dan dihayati. Namun kegembiraan Alia hanya seketika. Rifqi tiba-tiba menjauhkan diri darinya tanpa diketahui kenapa….

p/s: Buat Mirza, Kakak, Yen, Siti, Dekpan, Jaji, Dekna, Syaza, dan Ina jgn lupa baca novel ni tau.

Buat anak2 Mak Long/Pak Long, Mak cik Dayah, dan semua adik2 yg minat membaca juga...

4 comments:

Anonymous said...

Insyaallah,
nanti mimi beli novel nie ye.

Mersik said...

Cantik cover buku tu. Biru yg menenangkan.. sebiru laut dan awan. Moga akan mendapat sambutan yg bagus gitu.

Tahniah!

Catatan ZZ said...

TQ Mimi..lepas baca jgn lupa komen yea.

Pokcik...insyaAllah...amin. Hrp mulut pokcik masin le

dS said...

Salam,

Kak dewi pun teruja pd wajah Alia yg cantik rupawan.. hmm.. tak sabar nak baca kisah dirinya yg sungguh misteri! ;)

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...