PerjalananSaya keluar dari rumah sewa sekitar jam 1.30 tengah hari….Jumaat. Terus daya ke stesen bas K.Kangsar dan jemput dua orang adik saya yg datang dari kampung. Dari K.Kangsar, kami terus bertolak ke Ipoh untuk jemput seorang lagi kroni yang menunggu kami di Jusco Ipoh. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30 petang. Lama tak jumpa lalu sepanjang perjalanan kami berborak sakan. Sempat juga berhenti di R&R Tapah untuk mengisi perut. Zurie @ Syu @ Teh (hehe…) belanja makan. Thanks a… Jam 4.15 kami teruskan perjalanan sehingga ke Senawang. Sekitar jam 6.00 kami tiba di TTJ, rumah kakak ke-2. Penat! Lepas isi perut terus tertidur…
12 April…
Jam 9.18 komuter dari Seremban pun bergerak. Entah kenapa perjalanan ke Stesen Putra terasa jauh benar kali ni. Dua jam kemudian baru kami sampai ke stesen Putra. Sepatutnya jam 10 saya perlu berada di booth KarnaDya. Sekitar jam 10, Kak Dewi dah call dari booth. Hati dah tak sabar hendak ke sana.
Tengok orang ramai berpusu-pusu masuk ke PWTC, kepala dah terasa pening semacam. Punyalah ramai orang! Masuk je tapak pesta, entah kenapa jadi tak jumpa pula booth KD. Jenuh mencari sampai ke tingkat atas. Rupa2nya ada dekat dengan booth Alaf21. Dah lalu kawasan tu tapi jadi tak nampak pula. Maklumlah, orang terlalu ramai.
Bila ternampak novel kanak-kanak KD, baru perasan rupa-rupanya dah sampai ke booth KD. Nampak le gang2 KD yang rancak menjual novel dan melayan pembeli. Ternampak le Dewi Sukma dan Aina Emir. So, saya beranikan diri mencela masuk ke ruang booth KD. Di situ saya bertemu buat pertama kali dengan Syima Syawal, Mimi Afinie dan Veedaranieta. Mersik pun ada di situ. Sebentar kemudian datanglah Aini Naufal dan Bikash Nur Idris. Berkenalan juga dengan warga KD iaitu Syida. Dia minta tandatangan untuk novel Kalung yang baru dibelinya. Mersik juga ada minta saya tandatangan novel Kalung dan Alia. Tapi saya tak sempat minta tandatangan Mersik utk novel Dol Leman.
Duduk borak2 dengan Vee. Dia bawa donut yg cute2. Hebat gang2 penulis KD ni sebab mereka datang siap dgn makanan sekali… kecuali saya…hehe… Tak sangka novel kanak2 laris macam goreng pisang panas. Ini menunjukkan generasi baru sudah ditanam sikap suka membaca semenjak kanak-kanak lagi. Satu perkembangan yg positif. Novel terbaru Kak Aina (Hanya Kita Berdua) dan Kak Mimi (Kalau Ada Jodoh) juga tersangat la laris. Dalam tempoh dua jam berada di booth KD, tak sangka ada dua orang kanak-kanak yang membeli Alia kerana nama… Semoga kedua-dua Alia suka dengan novel Alia. Terima kasih juga buat semua yang sudi membeli novel Alia. Terima kasih juga buat pokcik yg sudi pinjamkan pen, kak Syima yg hadiahkan novel Satu Anugerah dan Kak Dewi yg bagi beg dan tudung. Maaflah, tiada sebarang cenderamata dari saya. Kagum tengok usaha dua orang akak dari JB ni yang siap dengan penanda buku khas buat pembeli novel mereka. Saya ni pergi melenggang saja, sampai pen pun tak bawa. Sadis betul!!! Huhu…
Ikutkan hati nak duduk di booth KD sampai petang tapi sekejap2 tgk ‘gang2 ZnS’ ada di kawasan booth. Aik, tak berjalan2 beli buku ke dia orang ni? Muka pun nampak lesu saja. Masa lepak di situ, ternampak kelibat Ina dan Amal (member satu sekolah) yg sempat melambai tangan.
Sebelum beredar saya sempat beli novel Kalau Ada Jodoh (Mimie Afinie), Perempuan Ini Lelaki Itu (Jenna Jehan), Ana Konda (Dewi Sukma), Dol Leman-Misteri Kebun Pisang(Mersik Romoyu), LTK-Menjejak Gong Sakti (Vidara Nieta) dan Cahaya Bidadari (Nur Rosmah). Adik saya pula sempat beli Hanya Kita Berdua (Aina Emir) dan Sayang Kakak (Aqmaer Halim).
Sedih juga nak tinggalkan rakan2 KD. Entah bila akan bersua lagi. Lepas beredar dari booth KD, saya mencari buku2 prasekolah yang sesuai. Lepas tu terus beredar sebab tak tahan berjalan menyelit-nyelit…orang ramai sangat. Kami sempat ke Mydin untuk membeli alatan sesuai untuk kegunaan ABM. Sampai rumah kakak bila malam dah menjelma. Fuh, memang penat tapi puas!

Bertolak BalikJam 10 am bertolak balik. Dalam perjalanan semua tidur. Hampeh!
Memori Pesta Buku 2008 akan kekal selamanya di ingatan….
Dari kiri; Vidara Nieta, Dewi Sukma, saya and Bikash
Booth KarnaDya yg khabarnya mendapat tempat ke-2 booth tercantik.
Bersama Mimie Afinie
Novel yang sempat dibeli...
1 comment:
i know u love writing very much..
gud luck..muaah!
Post a Comment