Hari ni aku ke sempadan Malaysia (Pengkalan Hulu) Thailand (Betong). Walaupun perjalanan dari rumah ke sempadan hanya lebih kurang 10 minit sahaja, namun aku jarang ke sana. Takut!...walaupun tak buat salah. Teringat kisah seorang orang kampung, yang teraniaya. Dia telah ditangkap atas tuduhan memiliki senjata api. Dia sepatutnya di penjara selama lebih dari 20 tahun. Namun atas usaha pelbagai pihak, dia dibebaskan setelah di penjara lebih kurang 4 tahun di sana. Pada tahun lepas dia dibebaskan. Mendengar pengalamannya ketika dalam penjara di Thailang amat mengerikan...
Di pintu sempadan, kereta berderet-deret untuk ke Thailand. Kurang sedikit rasa takut. Lagipun aku bukan hendak ke Betong, tapi sekadar ke sempadan untuk membeli buah. Tiba di kaunter imegresen, aku memaklumkan untuk ke sempadan (perenggan). Dia lalu memberi kebenaran.
Sampai sahaja di sempadan, rabun mata aku melihat pelbagai jenis buah yang dijual. Walaupun musim buah belum tiba (Malaysia), namun di sana sudah terjual pelbagai jenis buah seperti mempelam,rambutan, ciku siam (lain sikit bentuk dan warna berbanding ciku di Malaysia), mata kucing, durian dan salak. Aku membeli ciku yang dijual 1kg - RM5 dan mempelam. Kemudian aku singgah di kedai pakaian. Melihat blouse tergantung cantik-cantik belaka, aku pun terbeli dua. Di kawasan sempadan, terdapat beberapa gerai buah, pakaian, barang-barang dan juga kedai makan. Semuanya dimiliki warga Thai.
Kemudian aku ke kompleks bebas cukai Seruntun Maju Sdn Bhd yang terletak di sempadan juga. Kompleksnya tak besar sangat selain sesetengah barang tak begitu banyak dijual. Kerajaan Negeri Perak harus lakukan sesuatu kerana pengunjungnya boleh tahan ramai. Aku membeli coklat sahaja. Banyak jenis coklat yang dijual di sini. Memandangkan aku kurang gemar coklat, jadi aku tak pasti sama ada harganya berpatutan atau lebih murah berbanding di dalam negara. Namun bila aku pulang dan tunjukkan pada adik aku (penggemar coklat), katanya harga coklat tersebut memang murah.
Selesai membeli, sekali lagi aku kena melalui pintu sempadan. Petugas imegresen yang sedang bertugas meminta aku membuka bonet sebagai salah satu rutin pemeriksaan. Dan dia juga bersoal siasat barangan yang dibeli. Jika membeli barangan di kompleks bebas cukai melebihi had akan dikenakan cukai.
Syukur segalanya selamat dan berjalan lancar. Petang tu pulak sempat pergi ke pasar malam Baling. Hari ni pula di adakan majlis kesyukuran di kampung sempena kemenangan parti *** : )
Nampaknya setiap kali balik kampung mesti dipenuhi dengan pelbagai aktiviti....
1 comment:
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Servidor, I hope you enjoy. The address is http://servidor-brasil.blogspot.com. A hug.
Post a Comment