Berakhir jua hari yang mendebarkan apabila di’observe’. Terasa diri macam peserta AF yang sedang buat persembahan di hadapan orang ramai kemudian diberi komen oleh pengkritik. Penonton adalah Nozie (cikgu) dan Watie (PPM). Pengkritiknya pula ialah En. Shaddin (pensyarah IPIP).
Awal pagi dah sampai sekolah. Bersiap sedia dengan semua alatan. Yang paling utama iaitu pelepah betik dibawa oleh Cg Nozie. Malangnya pelepah betik ada masalah kerana tak ada satupun yang berbentuk bunga ros (jalinan). Jadi bulat pun lantaklah. Saat akhir memang dah tak boleh buat apa dah. Daun pula saya kutip di kaki lima. Daun bunga kertas menjadi mangsa.
Hati kian berdebar saat pensyarah datang. Sebaik sahaja tiba, terus dia minta buku rancangan mengajar dan portfolio. Saya pun hulurkan buku dan portfolio, sekadar mana yang saya mampu buat. Jika hendak dibandingkan dengan portfolio orang lain, tentunya yang saya jauh terkebelakang dari segi keceriaan. Saya tak kisah sangat janji semua yang diperlukan ada di dalamnya.
“Saya dengan kamu ada buat penulisan. Mana dia?” soal pensyarah sambil membelek portfolio.
Penulisan? Dalam hati saya saat itu, tentu pensyarah maksudkan tentang penulisan jurnal dan penyataan professional yang harus dibuat seminggu sekali dan dimasukkan ke dalam portfolio.
“Mana hasil penulisan kamu?”
En. Shaddin tak maksudkan jurnal tetapi… “Novel saya?”
Dia mengangguk dan minta saya tunjukkan karya saya. Ya ampun, sape la yang bagitahu dia aku ni penulis novel? Dalam hati tertanya-tanya. Ada sebab kenapa saya tak mahu pensyarah kenali saya sebagai penulis… Saya pun tunjukkan novel-novel saya pada pensyarah. Novel-novel tersebut memang saya simpan di kelas, kerana ada teman-teman yang mahu membaca.
Selesai mengajar, terpaksalah saya berhadapan dengan pensyarah. Katanya, semuanya okey. Biasa-biasa sahaja. Paling dikritik hebat tentulah dari segi objektif. Pensyarah mahu saya memikirkan satu aktiviti yang lebih kreatif memandangkan saya seorang yang kreatif (merujuk kpd penulisan novel). Grr!!!!... Inilah salah satu sebab saya tak mahu pensyarah tahu saya seorang penulis. Mereka pasti mengharapkan sesuatu yg lain dari yg lain.
Dua minggu lagi pensyarah akan datang lagi dan beliau mengharapkan saya ada peningkatan dari segi pengajaran dan yang paling penting katanya beliau mahu melihat saya membuat satu aktiviti yang luar dari kotak pemikiran………………………………?????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort
Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...
-
Teringin nak ke Teluk Senangin dr dulu lagi. Selalu dengar cerita keseronokan pengunjung ke Teluk Senangin. Lagipun tak jauh sangat dr rumah...
-
Ke KWSP semalam. Hantar borang KWSP 14 untuk permohonan pengembalian lebihan caruman KWSP tahun lepas. Kat borang tu ada note : permohonan ...
-
Salam buat pengunjung blog... Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir...
No comments:
Post a Comment