Thursday, February 26, 2009

Tags oleh DS

1-you have to point out 5 romantik movies that you would love to share with your loved one.
2-it doesn't have to be in order... as long as you love the movies it will be fine.
3-you have to tag another 5 person to answer this tag.

5 romantik movies;

tak jemu menonton...sgt2 menyentuh perasaan

Rangga.... dan dunia penulisannya...

Hata...pemain piano...yg sentiasa serius... dan Teruborozunya...

Cinta komedi yang kelakar...tanpa keberanian mimpi takkan bermakna (betul ke?)

suka watak manja drew barrymore...

Banyak lagi yg minat...ni di antaranya... tengok byk kali pun tak bosan...
Nak tag saper ek?

zurie
lala zehan
sally
ekha
?

Wednesday, February 25, 2009

Menjejak Memori

-->
Elisa menggigit sandwich sebelum terdengar nada isyarat penerimaan mesej.
~ Awak kat mana sekarang? Saya tak nampak pun dalam library.~ Rifqi.
Elisa meletakkan kembali telefonnya ke atas meja. Bibirnya terukir senyuman. Gembira pula rasa hatinya saat ini. Beria-ia benar Rifqi mahu menjalin persahabatan dengannya. Kalaulah dia tiada krisis dengan Aliya, sudah pasti dia akan memberi peluang pada dirinya sendiri untuk menjalin persahabatan dengan Rifqi. Semakin rapat dia mengenali Rifqi, barulah dia sedar, taklah sombong mana lelaki itu.
“Mana Elisa? Siapa yang kenal pelajar bernama Elisa?”
Elisa terhenti megunyah sandwich. Mulutnya melopong ke arah seorang wanita yang berdiri di pintu masuk kafe. Dia tidak mengenali siapa wanita tersebut. Kenapa wanita tersebut mencarinya. Dadanya sudah berdebar-debar tambah-tambah lagi bila melihat air muka wanita tersebut yang keruh dan tegang semacam.
“Mana Elisa? Kau jangan nak menyorok! Keluar sekarang!” jerit wanita tersebut yang seolah-olah dalam histeria.
Semua pelanggan di kafe memandang ke arah wanita tersebut tak berkelip.
“Sa... saya Elisa.”
Elisa bangun dari tempat duduknya. Perasaannya saat ini sudah tidak keruan lagi. Wanita tersebut terus menyerbunya.
Pang!
Terus satu tamparan singgah di pipinya. Elisa terpinga-pinga. Pandangannya berpinar-pinar. Pening! Pedih! Sakit!
“Rasakan! Baru puas hati aku. Perempuan gatal!!!”

Monday, February 23, 2009

Malaysian Typing Speedtest

Kamu mencapai 209 markah, jadi kamu berada di posisi 3062 dari 9598 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 252 aksara seminit
you mendapat 39 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

39 perkataan

Speed test

p/s : oklah tu buat yg tiada kursus menaip..hehe

Friday, February 20, 2009

CINTA & TEMAN

Satu hari CINTA & TEMAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa?????
Kerana CINTA itu buta..
Lalu TEMAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa?????
Kerana... TEMAN akan buat apa sahaja demi CINTA
Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??????
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan TEMAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa?????
Kerana... TEMAN itu sejati & akan kekal sebagai TEMAN yang setia...kan

> So, hargai lah TEMAN kita selagi kita terasa dia BERERTI...
Walau kita punya kekasih, TEMAN still paling setia
Walau kita punya harta banyak, TEMAN still paling berharga

Tuesday, February 17, 2009

Jumpa Kawan

Tengah bersiap nak jumpa kawan...CT.
Dah lama tak jumpa dia, lebih dr setahun rasanya.
Padahal dok dekat je.

Monday, February 16, 2009

Hari

Hari yg berlalu terasa pantas sekali..tup tup dah pertengahan bulan Februari. Dan aku masih di sini... belum siap lagi sebarang manuskrip. Konon nak menaip masa cuti hujung minggu lepas sampai tak balik kampung, tapi hampeh! Tak juga menulis! Entah macam mana nak mendisiplinkan diri ni...grrr...

Hari yang berlalu terasa amat perlahan pulak saat nak tunggu 25 hb...adoi...

Thursday, February 12, 2009

Jika Kau Rasa Getarnya

Aku menolak daun pintu bilikku. Aku terpandang sesuatu di atas katil lalu segera mencapainya. Sekuntum mawar beserta sekeping kad? Aku menghidu mawar itu. Wangi! Aku membelek kad. Kad hari lahir! Aku meneka pengirimnya. Mungkin Suzana. Aku segera membuka kad tersebut dan membaca apa yang tertulis di dalamnya.

Jika kau selam hati ini…

Pastinya engkau kan mengerti…

Betapa sucinya kasihku…

Jangan diragu…

Love….SA

Aku tidak menemui nama penuh pengirimnya. Hanya SA yang tercatat sebagai pengirimnya. Mungkinkah SA adalah singkatan nama Suzana? Ah, tak mungkin Suzana menulis lirik lagu tersebut untuk aku. Pengirimnya berkemungkinan seorang lelaki. Dia mahu aku menyelami hatinya. Jasley? Ah, tak mungkin. Dia sudahpun memberi hadiah kepadaku. Hadiah yang masih belum sempat aku buka. Azryl? Ah, jauh sekali kerana dia amat membenciku. Lagipun dia tidak pernah ambil tahu tarikh lahirku.


*************************************************************************************************


Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

p/s : Sedang menimbang-nimbang samaada mahu panjangkan cerita yang terselit lagu ni ke tak... hak cipta dah dapat dah. Sayang kalau dibiarkan. Harap dapat diterbitkan semula coz I love so much citer ni.

Tuesday, February 10, 2009

Lemon Tree

I'm sittin' here in the boring room
It's just another rainy Sunday afternoon
I'm wasting my time I've got nothing to do
I'm hanging around, I'm waiting for you
But nothing ever happens
An I wonder

I'm driving around, In my car
I'm driving to fast, I'm driving to far
I'd like to chang my point of view
I Feel so lonely, I'm waiting for you
But nothing ever happens
And I wonder

I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me bout the blue blue sky
And all that I can see
Is just a yellow lemon tree

I'm turning my head, up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see
Is just another lemon tree

Sing
da da da da de da da
da da da da de da da
da de de dum

I'm sitting here, I missed the cloud
I'd like to go out, take in a shout
But there's a heavy cloud, Inside my head
I feel so tired put myself into bed
Well nothing ever happens
And I wonder

Isolation, is not good for me
Isolation, I don't want to sit on the lemon tree

I'm steppin around in the desert of joy
Maybe anyhow I'll get another toy
Then everything will happen
And you wonder

I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me bout the blue blue sky
And all that I can see
Is just another lemon tree

I'm turning my head, up and down
I'm turning, turning, turning, turning, turning around
And all that I can see is just a yellow lemon tree
and I wonder wonder

I wonder how, I wonder why
Yesterday you told me bout the blue blue sky
and all that i can see X3

p/s : Tengah dengar lagu ni kat Sinar fm..lagu ni pernah popular lbh 10 thn yg lalu. Ingat lagi masa tu saya study kat Kelana Jaya & stay kat Subang (Apartment Makmur-entah wujud ke tak lg apartment ni). Tersenyum sorang2 bila teringat kisah 2 org houmates tu, dgr je lagu ni kat corong radio, terus berdiri tegak...konon lagu kebangsaan mereka la...macam2! Memamg indah bila terkenang memori lalu...

Thursday, February 5, 2009

Bertemu Rakan Lama

Rahmat menyedut air. Kenangan bersama Rifqi terimbas di ingatan. “Kau ingat tak lagi masa kita main tuju tin kat padang... kemudian mandi di sungai... cari ikan karing... biji getah.”

“Apa tak ingat... aku rindukan zaman kanak-kanak dulu. Aku juga rindukan teman-teman sekelas....”


Aku juga rindukan Alia. Ingin sahaja dia meluahkannya. Tapi Rahmat mungkin sudah lupa kanak-kanak bernama Alia.

“Eh, kau ingat tak lagi Milah?”


“Milah? Yang mana satu ni?” berkerut dahi Rifqi.


“Alah... Jamilah kawan baik Ila. Mereka selalu bersama ke kantin... padang...”


"Milah... ye, ye aku ingat-ingat lupa. Kenapa dengan dia?”


“Dia sekarang berada di Ireland. Dia ambil kursus perubatan. Tak lama lagi dia akan pulang sebagai doktor pertama Kampung Padang Temak. Kalau kau ingat lagi, zaman kanak-kanak dulu Milah bukannya pandai sangat. Ila pandai dari dia. Tapi itulah... naik sekolah menengah dia berusaha keras selepas kematian ibunya kerana kanser usus. Dia nekad mahu menjadi doktor.” Cerita Rahmat penuh bersemangat yang tumpang gembira dengan kejayaan bekas teman sepermainan itu.


“Wah tak sangka betul!”


“Kita tak boleh jangka apa yang akan berlaku pada masa depan. Dulu aku ingatkan Ila yang akan maju dalam pelajaran. Dan Milah akan kekal menjadi orang suruhannya. Tapi rupanya tidak.... Ila makan tidur aje kat rumah. Bila aku balik, mak dia mesti merungut dengan sikap dia. Suruh kerja tak mahu. Tunggu orang masuk meminang agaknya.”


“Sayang.... dia bijak dulu.”


“Tapi terkandas masa SPM sebab asyik bercinta. Eh, kau ingat tak lagi rakan kelas kita yang paling bijak. Tapi dia hilang tanpa dapat dikesan masa kita darjah lima?”


Berderau darah Rifqi. Dia tidak menyangka Rahmat akan menyentuh soal Alia. Terasa seolah-olah Rahmat akan memberikannya berita tentang Alia.


“Er... Alia, kan? Kalau tak salah itulah nama dia.”


“Ye Alia.” Wajah Rahmat kelihatan sugul.


“Dia dah ditemui ke?” soal Rifqi, berdebar-debar.

Raut wajah Rahmat membuatkan hatinya terdetik perkara yang bukan-bukan.


Rahmat menggeleng kepala. “Sehingga sekarang dia tak ditemui.”


Debaran Rifqi yang memuncak sebentar tadi terus menurun. “Entah hidup entah mati sekarang,” dia menambah.


Perasaan bersalah sekali lagi mengganggu jiwanya. Dua belas tahun... namun Alia masih belum ditmui. Hampa jiwanya mendengar khabar terkini mengenai Alia daripada Rahmat yang sekampung dengan Alia.


“Aku rasa dia masih hidup.”


Kata-kata Rahmat membuatkan degup jantung Rifqi pantas kembali.


“Kenapa kau cakap macam tu? Kau pernah terserempak dia?” soalnya bertalu-talu.


Rahmat menggeleng dan menyambung bicara, “beberapa tahun lalu... dalam dua, tiga tahun selepas dia hilang, ada orang dakwa pernah nampak dia.”


“Siapa yang pernah nampak Alia? Di mana tempat tu?” soal Rifqi yang sudah tidak sabar.


p/s : sedutan dari novel terbaruku yg akan terbit

Monday, February 2, 2009

Kenangan Januari 2009

Murid saya 10 org jer..hehe



Awal tahun mesti ceriakan kelas...ubah apa yang patut, tambah apa yang dirasakan patut

Rumah kecilku sayang...hasil seniku yg tak seberapa yg berjaya aku dptkan semula dr lecturer seni


Bubur assyura kosong, kegemaranku...




Memancing... malangnya dapat anak ikan saja..jadila dr tak dapat langsung

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...