Thursday, February 12, 2009

Jika Kau Rasa Getarnya

Aku menolak daun pintu bilikku. Aku terpandang sesuatu di atas katil lalu segera mencapainya. Sekuntum mawar beserta sekeping kad? Aku menghidu mawar itu. Wangi! Aku membelek kad. Kad hari lahir! Aku meneka pengirimnya. Mungkin Suzana. Aku segera membuka kad tersebut dan membaca apa yang tertulis di dalamnya.

Jika kau selam hati ini…

Pastinya engkau kan mengerti…

Betapa sucinya kasihku…

Jangan diragu…

Love….SA

Aku tidak menemui nama penuh pengirimnya. Hanya SA yang tercatat sebagai pengirimnya. Mungkinkah SA adalah singkatan nama Suzana? Ah, tak mungkin Suzana menulis lirik lagu tersebut untuk aku. Pengirimnya berkemungkinan seorang lelaki. Dia mahu aku menyelami hatinya. Jasley? Ah, tak mungkin. Dia sudahpun memberi hadiah kepadaku. Hadiah yang masih belum sempat aku buka. Azryl? Ah, jauh sekali kerana dia amat membenciku. Lagipun dia tidak pernah ambil tahu tarikh lahirku.


*************************************************************************************************


Janganlah hanya mengukir janji
Sedangkan dikau masih mencari
Adakah benar kata kata
Bukan ungkapan sementara

Kaulah pancaran yang daku rasa
Bagaikan obor yang menyinar
Jika terpadam tiba tiba
Sunyilah insan alam gelita

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu cukup berharga

Bukan simpati yang aku pinta
Kebenaranmu memutus kata
Agar dapatku abadikan
Untuk pedoman peniti cinta

Jika kau selam hati ini
Pastinya engkau kan mengerti
Betapa sucinya cintaku
Jangan diragu

Jika kau rasa getarnya
Debaran kasih cinta yang meronta
Nilai kasihku padamu
Cukup berharga

p/s : Sedang menimbang-nimbang samaada mahu panjangkan cerita yang terselit lagu ni ke tak... hak cipta dah dapat dah. Sayang kalau dibiarkan. Harap dapat diterbitkan semula coz I love so much citer ni.

5 comments:

crystal_azure said...

ok la tu..
pjg n kembangkan

Catatan ZZ said...

yup....secret admirer dalam kenangan

dS said...

Ayuh, teruskan sahaja! Selepas dah siap nanti, hantar segera kepada penerbit yang sesuai k!

dS said...
This comment has been removed by the author.
Catatan ZZ said...

Insyaallah kak....sayang kalau dibiarkan kan..

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...