Wednesday, February 25, 2009

Menjejak Memori

-->
Elisa menggigit sandwich sebelum terdengar nada isyarat penerimaan mesej.
~ Awak kat mana sekarang? Saya tak nampak pun dalam library.~ Rifqi.
Elisa meletakkan kembali telefonnya ke atas meja. Bibirnya terukir senyuman. Gembira pula rasa hatinya saat ini. Beria-ia benar Rifqi mahu menjalin persahabatan dengannya. Kalaulah dia tiada krisis dengan Aliya, sudah pasti dia akan memberi peluang pada dirinya sendiri untuk menjalin persahabatan dengan Rifqi. Semakin rapat dia mengenali Rifqi, barulah dia sedar, taklah sombong mana lelaki itu.
“Mana Elisa? Siapa yang kenal pelajar bernama Elisa?”
Elisa terhenti megunyah sandwich. Mulutnya melopong ke arah seorang wanita yang berdiri di pintu masuk kafe. Dia tidak mengenali siapa wanita tersebut. Kenapa wanita tersebut mencarinya. Dadanya sudah berdebar-debar tambah-tambah lagi bila melihat air muka wanita tersebut yang keruh dan tegang semacam.
“Mana Elisa? Kau jangan nak menyorok! Keluar sekarang!” jerit wanita tersebut yang seolah-olah dalam histeria.
Semua pelanggan di kafe memandang ke arah wanita tersebut tak berkelip.
“Sa... saya Elisa.”
Elisa bangun dari tempat duduknya. Perasaannya saat ini sudah tidak keruan lagi. Wanita tersebut terus menyerbunya.
Pang!
Terus satu tamparan singgah di pipinya. Elisa terpinga-pinga. Pandangannya berpinar-pinar. Pening! Pedih! Sakit!
“Rasakan! Baru puas hati aku. Perempuan gatal!!!”

2 comments:

crystal_azure said...

dh terbit ke nvl neh?menjejak memori tajuk yg d pilih ke???

Catatan ZZ said...

yes!
lum terbit lagi la....hrp2 terbit msa pesta buku..hehe

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...