Friday, April 10, 2009

Minat!

Masa perjumpaan penulis B.Prima hari tu, pihak penerbit menggalakkan penulis yang dah ada novel dengan Prima supaya menghantar manuskrip. Peluang lebih cerah untuk diterbitkan. Berkobar-kobarlah hati dan perasaanku masa tu. Ingat nak siapkan sebuah manuskrip dalam masa 3 bulan. Aku memang minat menulis novel cinta...

Baru je singgah kat blog rakan penulis. Buku terkininya sudah terbit...tentang kisah nabi (tahniah Kak Syima!). Covernya cute2 apatah lagi isi di dalamnya. Lahir gak minat nak menulis citer yang sesuai dibaca budak2 pra, 7 & 8 tahun. Budak-budak umur ni kan tengah dok belajar membaca. Pastu aku bertambah minat nak menulis bila ada rakan penulis bagitau ada penerbit menggalakkan penulis hantar citer budak2 pra. Lagi la bersemangat. Tambahan pula aku memang ngajo dak pra. So, tau ler minat mereka.

Tapi itulah, minat jer tak cukup kalau tak disertai dengan usaha keras. Sebab tulah karya aku belum keluar. Alatan lengkap, dorongan cukup, idea ada, minat ape lagi....tapi disiplin jer kurang. Tu tak menjadi2 lagi. Grrr.........

2 comments:

pionopis said...

Aku tidak tahan menahan sebak di hati.Hatiku berbaur kesal.Laman istanaku kutinggalkan sepi.Aku cuba mencari silapku dulu berpunca di mana.Bermula kerana dicabar juga rasa ingin tahu nikmat berada di syurga khayalan itulah puncanya.Mula hanya suka-suka tetapi menjadi ketagih dan semakin parah jika tidak mendapat bahan terlarang itu.Amanah Tuhan telah kuabaikan.Kalaulah aku akur kata-kata Aisyah dan mentaatinya.Isteriku yang baik hati dan melayan karenahku selama itu.Tentu....ahh.
Aku tiba di laman damai destinasi terakhir.Hening petang itu dengan redup cahaya mentari tersirna di balik awan tebal.Angin semilir Batu Papan tidak lagi sedingin dulu.Masih membenciku agaknya.Aku pulang memujuk hati merindui kalian yang pergi.Sepi tapi dalam hati menangis kesal.Kesal yang tidak berkesudahan.
“Salam atas penghuni kubur,mukminin dan muslimin,engkau telah mendahului kami dan insyaAllah kami akan menyusulmu....”
Di hujung sebelah kanan sana tegak nisan isteriku, Aisyah dan batu-batu nisan kecil sebelahnya tersusun sepi.Mereka menungguku dengan damai.Tiada lagi salam lembut Aisyah menyapa seperti selalu ketika menyambutku pulang dari kerja.Tiada lagi laungan abah balik dari putera-puteraku.Lenyap sudah rengekan manja puteriku minta didukung kala melihatku setiap petang pulang ke pangkuan.Airmataku bergenang lalu jatuh deras membasahi janggut nipisku.Sebak dan hancur hati tidak tertahan lagi.Hilanglah kini senyuman lesung pipit yang manis dan sepasang mata yang cantik itu.Tersimpan kemas ia dalam kotak fikiranku bersama kenangan lalu.

Catatan ZZ said...

Bahasa indah...jalan citer pun menarik. Why tggu lagi? Hantarlah segera!

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...