Rumah pertamaku masih dalam proses. Loan semua dah lulus, tinggal tunggu nak dapat kunci jer. Hati terfikir2 jugak camner nak hias rumah baru tu biar jadi rumahku syurgaku. Kalau rumah cantik, tentu hati akan tenang. Nak buat kerja pun bersemangat jer. Jadi, sebelum dapat masuk rumah, aku pun survey la kat internet, cara nak hias rumah. Dan terjumpalah aku dengan blog yang mengkhusus kepada dekorasi inggeris. Hatiku pun terjatuh la kat idea menghias rumah ala-ala inggeris ni. Biar ada tema, baru la beli barang hiasan ada guideline. Tak ada la nak membeli ikut suka jer. Lagipun, banyak gak la barang dalam rumah sewa aku ni yang dah english style. Karang nak tambah lagi dgn pelapik meja makan, meja kopi, sarung kusyen, langsir dll yg bertemakan english style.Aku beli la sikit2 bukan sekali gus. Mana ada pitih mau beli banyak2.
Selain tu, barang2 yang dah sedia ada pun boleh dienglish style kan jugak. Macam perabot kayu tu boleh la disalin bajunya (cat semua ) Pinggan mangkuk & hiasan pun boleh tukar jadi english style dengan cara decoupage - iaitu seni gunting dan tampal. Aku dah tgk kat internet, macam best jer. Dah tak sabar nak buat pada tin susu, tin biskut, pasu, pinggan, senduk dll.
So, hobi aku yang lain seperti menulis dan bermain CV games, kenalah stop kejap. Beri laluan pada hobi baru pulak. Hehehehehehe...sukanya aku.... jgn sekerat jalan dah la :(
idea kat bilik tidur |
inspirasi ruang tamu |
gambar2 di atas sbg guideline je..bukan nak buat sebijik mcm tu pun...bajet tak cukup.. sebelum aku menggapai impian rumah idaman - home sweet home / ZZAA Cottage - biarlah aku hias rumah aku ni dulu (blog)...make up english style sikit..hihi
2 comments:
nanti blehla la kami g melawat rumah ala inggeris mu ni...hehe
buleh la kelik kg singgah dulu...
Post a Comment