Sunday, September 23, 2012

Nostalgia : Apartment Makmur

Tiba-tiba teringat pulak kenangan di Apartment Makmur. Aku pernah menetap di sini sekitar penghujung 1995 sehingga awal 1997. Apartment ni terletak area Bandar Sunway kalau tak salah. Dekat je dengan Sunway Pyramid... Sunway Lagoon... Tapi ketika tu, shopping complex Sunway pyramid tu masih dalam pembinaan. Sunway Lagoon dah wujud dah tapi takder la sehebat sekarang. Masa stay kat sana sempat la sekali aku ke Sunway Lagoon. Harga tengah promosi masa tu. Guna kupon majalah Malaysian Student yang aku rasa dah tak wujud lagi sekarang ni.

Macam mana aku boleh menetap di Apartment Makmur? Masa tu semua student matrikulasi UPM belajar di kampus UPM sendiri dan di Kolej Unitek. Aku diletakkan di bawah Kolej Unitek yang sebelum tu dikenali dengan nama Emile Woolf College (betul ke ejaan woolf tu? aku dah tak ingat la). Beberapa bulan belajar kat Emile Woolf, berlaku pertukaran nama yang dirasmikan sendiri oleh PM kita sekarang Dato' Sri Najib yang sebelum tu menjawab jawatan sebagai Menteri Pendidikan. 

Kolej Unitek dah tak wujud lagi sekarang. Kolej ni terletak di Kelana Jaya. Ramai jugak student belajar kat situ masa tu. Ada yang persediaan ke luar negara, matrikulasi UKM dan Uniten. Kami tinggal di Apartment Makmur dan hari-hari naik bas ke kolej. Indahnya zaman tu. Masih segar dalam ingatan. 

Semester 1 aku ditempatkan di blok E bersama beberapa orang rakan. Yang aku masih ingat nama antaranya Suzaida, Suhana, Salmiah dan ramai lagi. Semester ke 2, aku ditempatkan di blok A. Masa ni berkenalan dengan Ina, Sal, Stella dan lain-lain (terlupa nama). Apartment Makmur ada tiga bilik dengan 2 bilik air (1 dalam master bedroom dan 1 lagi dekat dapur). Ruang tamu agak luas dan memanjang, dapur pun luas, balkoni depan dan belakang. Di blok A ni aku tinggal di tingkat 3. So, malam-malam, melepaklah kami di balkoni memerhati gelagat manusia yang masuk keluar dari kawasan apartment. Paling best, kami jugak suka berkongsi cerita seram di situ.

Lagu yang membuatkan aku terkenang kembali kisah kehidupan di sini ialah lagu Mengintai Dari Tirai Kamar (Exist), Pertemuan (Erra Fazira) dan Intan Rupanya Kaca (Espiranza) coz masa ni tengah meletop semua lagu2 ni. 

Kini sudah hampir 15 tahun berlalu.... cepatnya masa meninggalkan kita...

Sumber : Pakcik Google

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...