Kali ni nak story pasal masuk universiti. Kan sekarang pelajar-pelajar baru sedang mendaftar di IPT dan menjalani minggu orientasi (ops...ada tak lagi minggu orientasi zaman sekarang?) Maaf aku dah tak tau sebab saya mahasiswa penghujung 90-an. Huhu... dah lama tu. Dah 12 tahun aku meninggalkan kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti.
Nak flash back balik kisah pendaftaran aku di UPM pertengahan 97. Abang ipar, kakak, ayah dan mak hantar aku masa pendaftaran. Parking kereta kat tengah padang. Pendaftaran berlaku di kolej penginapan. Aku ditempatkan di koleh ke 5 kalau tak silap. Tingkat berapa aku dah tak ingat. Aku penghuni bilik yang ketiga sampai. Masa aku masuk bilik tu, tengok dua katil di bawah dah dicop dengan topi, baju dan trek universiti yang disediakan untuk pelajar baru. Jadi aku pilih katil atas sebelah kiri. Dua lagi rakan aku tak sempat jumpa.
Selesai pendaftaran dan angkut semua barang ke bilik, family pun balik. Dan kemudian aku berkenalan dengan penghuni bilik. Kalau tak silap nama kak Mahanim yang duduk bawah katil aku dan di sebelah pulak Kak Aini. Ingat-ingat lupa dah. Kemudian masuk lagi sorang namanya Hayati kot. So dia tak der pilihan katil, duduk la kat atas katil sebelah.
Kemudian bermulalah minggu seksaan iaitu minggu orientasi. Orientasi bawah universiti kena ikut dan bawah kolej tak payah. Lega tak kira sebab fasilitator nampak garang semacam. Kami bekas pelajar matrikulasi dikecualikan sebab masa masuk matrikulasi dulu dah jalani minggu orientasi. Selamattt...
Masa nak daftar subjek yang diambil adalah satu lagi seksaan. Mula-mula kena ambil buku yang tertulis senarai nama subjek beserta pensyarah dan bilik kuliah. Lepas tu kena susun jadual sendiri. Setiap subjek kena daftar. Ada yang secara key in ada yang manual lagi masa tu. Kena ke bilik pensyarah dan catat nama. Kalau dah penuh, kena cari pensyarah lain pulak. Memang seksa gila masa tu sebab satu, baru belajar, dua: tak tau tempat dan tak kenal pensyarah. Pandai2lah sendiri pegi mencari. Aduh, tension gila masa tu sampai aku rasa nak berhenti saja. Sampai ke tahap tu aku pikir. Sementelah pulak rakan2 matriks tak ada yang ambik kursus sama dengan aku. Jadi terkontang-kantinglah aku sorang.
Minggu2 awal tu aku berkenalan dengan seorang kakak yang sama kursus denganku. Dia sedang dalam proses untuk tukar kursus. Aku apa lagi, join la sekali isi borang. Aku nak ambik kursus yang ada teman-teman lamaku. Kami rapat buat seketika. Kakak tu kalau tak silap namanya Kak Ros. Nama penuh aku tak ingat. Dia dah ada diploma dan dah kerja di JPA. Dan dia baru nak sambung belajar. Pemurah gila Kak Ros ni. Tiap kali lunch, dia yang akan belanja. Tiap2 hari. Aku nak belanja air pun dia tak bagi. Kak Ros tak tinggal kat kolej. Dia tinggal kat luar, aku dah lupa kat mana. Hari2 datang dengan komuter. Dalam sebulan kemudian, keluar keputusan permohonan tukar kursus. Kak Ros berjaya dan aku gagal :( huhu... sedih sangat.
Tinggallah aku sorang... dan masa tu baru nak kenal dengan teman sekursus...orang Tawau, Sabah. Kisah ni sambung lain kali pulak.
P/s : ada berita baik dari penerbit :)
No comments:
Post a Comment