Wednesday, September 12, 2012

Mati Hidup Semula

Inilah satu kisah misteri yang aku akan ceritakan. Kisah berlaku 15 tahun lalu, di sebuah tempat di pedalaman. Kisahnya bermula begini.... ada sepasang suami isteri yang tinggal jauh di belantara. Mereka hidup bahagia hinggalah suatu hari, si isteri sakit lalu meninggal dunia. Bagi menguruskan pengkebumian arwah isteri yang amat dicintai, si suami terpaksa meninggalkan jenazah si isteri bersendirian di dalam rumah. Si suami keluar merentas belantara menuju ke kampung bagi mendapatkan bantuan orang kampung. Pagi keluar, petang barulah si suami sampai ke kampung lalu meminta bantuan ketua kampung. Ketua kampung dengan beberapa orang anak buah pun bergerak menuju ke rumah si mati. Tengah malam baru mereka sampai. Nun di atas tangga, terlihatlah oleh mereka kelibat si isteri yang sedang duduk di atas tangga sambil menyikat rambutnya yang panjang. Si suami dan orang kampung pun terkejut beruk. Tak ada yang difikirkan oleh si suami melainkan teramat gembira hingga tak terkata bile melihat isterinya mati hidup semula. Demikianlah cerita warisan turun-temurun dari ibuku yang telah diceritakan secara lisan oleh arwah ibunya yakni nenekku.

Bukan kisah seram yang tak berapa nak seram tu yang aku nak ceritakan. Tapi yang aku nak ceritakan kes mati hidup semula dalam drama mahupun filem dan dalam novel pun ada kut. Hari ni Emperatriz yang terlibat dalam kemalangan ngeri telah disahkan mati oleh doktor ketika sedang menjalani pembedahan. Emperatriz ialah heroin. Hari ni Emperatriz dah masuk episod ke seratus lebih. Sia-sia la dok ikuti kalau heroin mati, kan? Letih! Tapi aku yakin 100% Emperatriz salah sorang heroin yang mati hidup semula. Sebenarnya banyak drama dan filem macam ni. Konon2 disahkan mati lepas tu kembali bernafas kerana semangatnya yang tinggi. Tapi aku dah lupa drama apa yang berlaku plot gini. Apapun aku kena tunggu esok untuk ikuti khabar Emperatriz. Kalau dia mati, tamatlah telenovela coz tajuk telenovela pun pakai nama dia. 

Teringat aku dengan satu telenovela dulu2. Tajuknya Oyuki. Cerita Jepun tapi orang Mexico yang buat. Masa suami Oyuki tu mati, aku tak boleh nak terima langsung. Huhu! Sampai jadi tak bersemangat aku nak ikuti kisah Oyuki lagi lepas tu. 

Sebenarnya ada penonton yang boleh terima hero/heroin mati dan ada jugak yang tak boleh terima. Yang tak boleh terima tu sebab mereka dah masuk dalam watak tu. Yang boleh terima pulak menganggap itu hanya sekadar hiburan semata-mata.

Adios!

p/s : tak suspen dah kalau aku cari ending emperatriz dlm internet


No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...