Thursday, December 22, 2016

ETS - SEREMBAN KE KUALA KANGSAR

Semalam, 21/12/2016, kami seramai 7 orang yang terdiri dari sorang warga emas, sorang kanak2 3 thn dan 5 dewasa telah menaiki ETS dari Seremban ke Kuala Kangsar.
Perjalanan mengambil masa 4 jam. Bermula tepat jam 4.00 ptg, train dari Gemas sampi ke stesen Seremban. Kami ditempatkan di Koc C. So kena tunggu di paltform no 2.
.
Ingat train ETS akan terus ke KL Central dan ke Ipoh. Rupanya banyak jugak hentian. Lepas Seremban, berhenti sekejap di Nilai, Kajang, Bandar Tasik Selatan sebelum ke KL Sentral. Lepas tu baru ETS laju mencecah 164km/jam terus ke stesen Tanjung Malim. Singgah di Tapah Road, terus ke Kampar - Batu Gajah - Ipoh dan akhirnya ke Kuala Kangsar, my destination sebelum ke Taiping dan last destination Butterworth. Lebih kurang jam 8.10 malam kami tiba di stesen keretapi Kuala Kangsar.
.
Tambang dewasa RM53. Tambang warga emas dan kanak-kanak pula RM31. Kami ditempatkan di koc C. Tempat duduk selesa. Luas berbanding Air Asia. Hehe... Ada meja lipat. Ada tempat gantung plastik. Ada tempat simpan bag di atas. Juga ada tempat letak bagasi kat setiap koc. Kat Koc C juga ada kafe. Macam-macam makanan ada. Juga disediakan dua meja kecik utk 2 org duduk depan kafe. Nak makan kat tempat sendiri pun boleh. Kami sempat beli sandwic, kentang goreng, nugget, spaghetti. 
.
Selain tu ada surau. Muast utk dua orang satu2 masa. Tempat wuduk pun ada. Telekung disediakan. Selain surau, tandas juga disediakan di Koc B dan E. 
.
Pendek kata selesa la sepanjang berada di dalam ETS. 




Ruang solat di Koc C


TV dan info. Dilwale!


Jom makan

Ni baru separuh

Pemandangan dari depan kafe

Hujung tu tempat simpan bagasi

No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...