Okey, nak cerita pasal Parut (entah kenapa aku segan nak tulis pasal karya aku kat fb mahupun fan page atau insta). Tapi kat blog feel lain.
Apa yang korang mungkin nak tahu pasa novel ke 7 aku ni :
1. Mula karang hujung 2013 (selepas kelahiran novel Mak Datin Isteri Cikgu setahun kemudian)
2. Novel pertama aku karang lepas bergelar mommy.
3. Siap awal 2015.
4. Pernah dihantar ke sebuah penerbitan, tapi lepas setahun no respons
5. Lepas hantar, baru dapat ramalan dari Prolog Media (PM)
6. Terus karang cerita baru ingat nak bagi PM. Cadang nak siapkan sebelum berakhir 2015. Tapi like always, si pemalas ni tak siap2kan jugak.
7. Lepas setahun no feedback, tarik balik manuskrip dan hantar ke PM (by email je)
8. Alhamdulillah tak lama kemudian dapat reply dr PM. Akan diterbitkan tapi kena ikut beberapa syarat. Pertama, kena cut sbb mrk perlukan 65k dan ke bawah patah perkataan sedangkan Parut 90k lebih.
9. Terpaksa cut banyak terutama pasal tempat2 menarik yg sengaja aku promosi dalam novel tu. Nak tau kat mana kena la baca wokes.
10. Kemudian kena baiki terutama show dont tell. Sumpah aku tak tau pun apa itu show don't tell. Lepas diberi penerangan oleh novelist Anna Lee, baru aku faham sikit2. Rupa2nya novel aku ni lebih banyak tell dr shownye. Patut aku rasa kureng je. So masa tengah edit tu, dapat idea lain pulak. biasalah kalau uolls novelist uolls akan faham. Asal baca balik manuskrip mesti nak ubah itu ini.
11. Dapat perkhabaran gembira, dah setel semua. Tunggu cover jer.
12. 1/12/2016 Prolog Media telah mengumumkan kelahiran novel baru keluaran mereka. Parut terbit bersama Magisial. Order pun dibuka.
13. Tak sangka bila baca komen, ramai jugak yang kenal nama aku melalui novel Kalung (2007).
14. Dan start tarikh tu, ramai yg add friend kat fb ku...(salam perkenalan buat semua).
15. Aku akan ke Ekspo Buku 1Malaysia kat PWTC Sabtu ni. Aku akan berada di sana antara jam 12-2.00 petang. Jom berahmah mesra. (Maaf kalau aku tak berapa nak ramah sebab aku penyegan)
Inilah kembar Parut -Magisial dari penulis baru Jun Ahmad. Koang nak order, korang sila zoom gambar |
Tiga buah novel karya zz yg genre misteri |
Offer beli 3 buah lagi dapat murah |
My Parut |
Kalendar poket 2017 utk pembeli tersayang. Boleh simpan dalam dompet. Walaupun semua dah ada kalendar kat hset, namun yang mcm ni tetap diperlukan kan kan |
No comments:
Post a Comment