Tuesday, December 27, 2016

Langkawi : 3 Hari 2 Malam

Tarikh :
22 - 24 Dec 2015

Penginapan :
Mali Best, Pantai Cenang
Standard Room : RM190 semalam

Pengangkutan:
Serena dan Innova
RM200 sehari  per kereta

Catatan:

Rombongan Familia Zarkasi kali ini memilih Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan. Sepeti selalu, akulah jadi pengurus. Dari urusanpenginapan, pengangkutan dan semuanyalah. Kami seramai 20 orang termasuk mommy join the trip. Kami sampai awal di jeti Kuala Perlis. Sempat makan laksa. Masa tu punya la ramai orang kat jeti. Aku dah book ticket online.

Bila feri sampai, kami terawal masuk feri. Lama lagi tunggu feri nak jalan. My son bukannya suka tunggu lama2. Puas la dok memujuk. BTW TV dalam feri tak sesuai tayang filem yg dedah sana dedah sini pelakon mat saleh.

Sampai saja kat pulau, telefon Lenovo aku hang! Seksanya nak hubungi penyedia pengangkutan. Lama jugak tersadai sebelum berjaya ambik kereta kat depan jeti.

Dengan bantuan waze, kami ke Pantai Cenang. Teruja bila check in bilik sbb bangunan baru. So semua baru kat dalam bilik. Aku pilih bilik berhadapan seaview. My family tak sempat book so dapat bilik mengadap jalan. Biliknya memang luas.

Malam tu keluar jalan makan dan jalan2 kat kedai yg hidup sepanjang Pantai Cenang. Rasa macam dok luar negara jer sbb banyak restoran luar.

Keesokan hari kami sewa pakej bot utk ke pulau termasuk Pulau Dayang Bunting. Mula2 singgah kat Pulau beras basah kalau tak silap. Mandi kat situ. Mak ai monyet banyak kat situ. Habis makann=an dirampas dia orang. Rezeki dia orang. Hehe. Kemudian baru ke Pulau Dayang Bunting. Seksanya panjat bukit kemudian turun pulak ke tasek. Sumpah tak pergi dah cantik mana pun. Penat wei. Pakej sekepala RM40. Rasa tak berbaloi. Baik lepak kat Pantai Cenang jer. Hish!

Petang tu bertolak pulak ke Cable Car. Mak ai ramainya manusia. Punya la panjang beratur. Turn kami kalau nak naik jugak lbh kurang 7.00 malam. Dah gelap. So kami cancel. Esok pagi kami cadang nak datang awal pagi nak rebut tempat no 1.

Pagi esok jam 7am kami dah bergerak ke cable car. Dapatlah jadi orang yg terawal naik cable car ke gunung mat cincang. Tapi dah sampai awal sangat kat atas tu, kafe pun belum buka. Perut lapar. Nak ke skybridge pun tiket belum buka. Tiket utk lift ke skybridge. Sorry dah lupa nama panggilan lif tu. Dulu2 kena jalan kaki nak ke skybridge. Skrg dah ada lif tu cepat sikit. Tapi mcm biasa kena tunggu turn sbb lif sekota jer. Huhu...

Hebat gak aku melawan ketakutan berjalan atas skybridge tapi tak berani tgk bawah. Tengok atas jer. Haha.

Balik hotel kemas beg. Check out. Feri petang so kita orang lepak kat Mall dulu. Borong coklat. Kemudian bertolak ke jeti. Ada kenangan yg tak dapat aku lupa. Innova yg kami naik kehabisan minyak. Dah la jalan jammed! Terpaksa la adik ipar yg jd driver tahan motor pergi beli minyak. Kepanasan kami dalam van. Haha. Kemudian dia bukan main laju pecut Innova. Redah habis semua takut terlepas feri. Terasa macam dok dlm film lumba kereta pulak.

Mujur sempat sampai. Feri dah nak gerak. Berkejaran la kami, So kat imegresen tu, kami tak diperiksa pun. Pegawai tiket sempat pesan jangan datang Langkawi time cuti.

Dua tiga hari kemudian baca berita pasal ramai pelancong yang terkandas kat jeti sebab kehabisan tiket!

Tasik Dayang Bunting

Cable car. Tiket RM20 dewasa

Skybridge.Pun kena tiket jugak

Beras basah

FZians di Jeti Kuala Perlias

Puncak gunung

Heroku 

Kita je yg ada

Skybridge with sebahagian FZ

With my sis masa tunggu kaunter tiket buka



No comments:

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...