Wednesday, December 14, 2016

PERCUTIAN ATAS KAPAL - STAR CRUISE LIBRA

Alkisahnya, 1-2 Dec yg lalu, weolls FZ telah menghabiskan cuti 2h 1m atas kapal mewar Star Cruise Libra.
Dah lama plan nak ke sini, dalam 2 tahun lepas. asyik tergendala sebab ada yang nak pakej ke Krabi Phuket dan ada yang nak try semalam jer.
Akhirnya kami pakat pilih untuk rasa pengalaman semalam bermalam di atas kapal tengah laut. Sebulan sebelum (atau lebih, aku pun dah tak ingat), iolls pun survey2 la harga dan blog pengalaman mereka yang pernah ambil pakej ni.
Ada dua cara booking : online terus ke website star cruise atau by agen.
Aku try book utk my fmly tiga beranak dulu. Alhamdulillah, 3 orang RM770 (tak masuk cukai atas kapal RM50 sekepala). RM770 tu untuk 2 dewasa dan 1 kanak2 3 tahun. Pakej termasuk makan, kabin inside room (tak der tingkap).
Acu nak book untuk warga FZ yg lain, katanya dah penuh. Gabra aku dibuatnya. Biasa bercuti ramai2. Ni takkan kami 3 beranak jer?
Aku pun try contact agen. Katanya masih ada kekosongan. Tapi harganya lebih mahal RM50/kepala. Terpaksa book jugak.
Biasanya kalau 2 orang satu bilik caj harga biasa, tapi bila ada yg ke3 dan ke4, harga ada pengurangan sebanyak beberapa pratus (aku dah tak ingat).
.
Seminggu sebelum berlepas, dah boleh check in. So aku check in lah sorang2 warga FZ dan print boarding pass.
.
Pada hari kejadian... Kena check in 5.30 petang. Jadi dalam jam 11 pagi kami bertolak dari Pengkalan Hulu. OTW baru aku perasan, jeti kat dalam pulau, bukan kat butterworth mcm yg aku sangka (apa da, lambat google). Memandangkan takder sorang pun di antara kami yg pakar jalan ke Penang, jadi asyik salah jalan nak ke jambatan walau dah guna gps dan waze. Dipendekkan cerita akhirnya sampai jugak dalam jam 1 lebih. Terus ke jeti dulu. Dari jauh dah nampak Star Cruise Libra. Hati dah rasa tak sabar.
.
Guard memaklumkan yang parking jam 5 petang baru buka. So kami lunch dulu kat Padang Kota. Kemudian rehat2 kat taman. Time tu angin menyerang diriku yang tak pernah diserang angin lagi sebelum ni. Rasa kabur je pandangan dan nafas semput. Ingat darah rendah. Hmm.... mujur ada FZ yg bawa ubat, sapu2 kat leher, baru rasa okey. Kita orang solat kat masjid dulu. Rehat2 dekat 2 jam. Dalam 4.30 bertolak ke tempat parking. Dekat jer. Bayar RM10/kereta.
.
Terus masuk ke jeti. Walaupun dah check in online, kena beratur jugak utk ambil kad acces (kad yg akan digunakan atas kapal utk beli belah dan buat segala pembayaran). Masa kat kauter barulah weolls tahu para pekerja bukan org Malaysia. Kebanyakan warga negara lain. Thats why atas kapal nak berurusan kena berspeaking memanjang.
.
Macam naik flight, gitulah kena beratur mas anak masuk. Kastam check beg. IC/surat lahir kena tinggal dan kami hanya guna kad acces. Pertama kali jejak kaki ke dalam kapal (terus ke deck 4), rasa macam masuk lobby hotel. Tercengang2 jugak nak cari kabin 4114. Ada berpuluh2 kabin dalam tu. Sebaik masuk dalam kabin, wow, lengkap walaupun kecik dan comel jer. Ada dua katil tersedia. Katil ke 3 dan ke empat boleh tarik kat atas (direka utk penjimatan ruang). Ada tv (tapi tak boleh pasang pun). Ada rak, almari pakaian, meja, cermin (macam bilik hotel). Ada tandas jugak. Ruang utk solat tu boleh la dlm2 sempit tu. Standby kompas (dload aplikasi pun boleh) ye uools utk solat Magrib, Isyak dan Subuh).
.
Lepas rehat kejap, kami terus deck 9 (atas sekali) utk makan2. Dah termasuk dalam pakej. Dah diiktiraf halal. Ada jugak yg tak halal tapi deck lain. Makanannya, macam2 ada. Nasi ofkos la ada. Masa kami sampai tu, majoriti Chinese yg tengah makan. Makan jam 6 petang hingga 8.30 malam. Makan jerla apa yg korang nak. Makanan tak habis2. Kalau habis kejap je topup balik.
.
Time kami tu, hujan pulak. Jadi deck kat atas tu kena la hujan area kolam renang (ada dua kolam utk dewasa n kanak2). Kalau tak boleh lepak makan tepi kolam. Hehehe... Jadi sunset n sunrise tak dapat kami tengok sbb hujan, awan mendung jer. Bintang pun tak der. Sedih..huhu. Tak per lain kali kita naik lagi ambil pakej Phuket Krabi (pujuk hati).
.
Sambil makan sambil layan live band. Orang Melayu tak ramai sangat. India pun sikit jer. Majoritu Cina. Tak tau Cina Malaysia ke org luar.
.
Jam 9.00 malam, kapal pun mula belayar. Terasa jugak oleng2.
Malam tu ada persembahan antara bangsa-akrobatik dan dance. Muka mat saleh tapi tak sure dr negara mana. Rusia kot. So dpt la tengok sorang wanita ni yang lipat2 badan dia yg lembut tu. Dan sorang mamat yg imbang badan atas bola, skateboard, bola, skateboard tu sampai tinggi nak cecah siling. Yang lain buat tarian. Persembahan jam 9.15pm sampai 10.00 mlm. Lepas tu ada persembahan berbayar, so kami pun keluar lepas deck 9 lagi. Layan live band. Kemudian kami naik atas sekali, angin bertiup tersangat kuat. Kalau badan kerempeng harus berusaha kuat lawan angin. Mujur kami sihat2 belaka...hahaha... My son kena dukung sepanjang masa.
.
Jam 1 pagi ada wayang Tarzan tapi kami tak tunggu coz ngantuk dah time tu. Dalam jam 11 kami dah ke kabin. Mandi dan tidur. Tapi asyik terjaga sbb terasa jer kapal tengah belayar. 6.30 pagi, kami bersarapan. Pun makanan banyak. Kemudian kembali ke bilik, kemas balik. Jam 8.00 bersedia kat lobby. Bayar dulu RM150 utk 3 kepala. Baru boleh keluar lepas dia orang bagi IC. Lepas tu kami ke Pantai Batu Feringgi yg agak kotor air laut. Lepak2 kat tepi pantai jer.
.
Tengah hari dah sampai kampung :)






















2 comments:

aLiXaL said...

best jugak dapat naik cruise... Insya Allah giliran kami sekeluarga naik mediterranean cruise tahun depan...

Catatan ZZ said...

Jgn lupa kongsi pengalaman di blog ya :)

SGI Vacation Club Damai Laut Holiday Resort

Minggu lepas kami bercuti di SGI VC Holiday Resort yang terletak di Lumut selama 3 hari 2 malam. Kami check in pada hari Jumaat bersamaan 25...